awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GAYA HIDUP

Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian

Bernama
Bernama
28/06/2025
15:39 MYT
Sponsor Banner
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
Institut Keselamatan Kesihatan Jepun berkata beberapa makanan dalam diet tradisional Jepun boleh dikaitkan dengan kesejahteraan yang lebih baik. - Gambar hiasan/AP
TOKYO: Kadar gejala kemurungan didapati lebih rendah dalam kalangan individu berusia bekerja yang mengamalkan diet gaya Jepun termasuk nasi, sup miso dan ikan, menurut kajian pertama seumpamanya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kyodo.
Institut Keselamatan Kesihatan Jepun menilai manfaat diet tradisional "gaya Jepun" yang merangkumi produk soya, sayur-sayuran yang dimasak, cendawan, ikan, rumpai laut dan teh hijau, selain versi yang diubah suai dengan penambahan buah-buahan, sayur-sayuran segar dan produk tenusu.
Institut itu berkata kajian mengenai kesan diet Jepun terhadap kesihatan mental masih terhad, walaupun penilaian seumpamanya mengenai diet Mediterranean -- yang terdiri daripada sayur-sayuran, bijirin penuh, minyak zaitun dan ikan -- dan kemurungan telah dijalankan sebelum ini.
"Lebih banyak kajian diperlukan, namun kami berharap bukti yang diperoleh dalam kalangan rakyat Jepun ini dapat digunakan untuk langkah kesihatan awam di tempat kerja dan dalam usaha pencegahan kemurungan," menurut kenyataan institut tersebut.
Kajian kendiri ini dijalankan ke atas 12,499 pekerja daripada lima syarikat, dengan 88 peratus daripadanya adalah lelaki dengan purata umur 42.5 tahun.
Sebanyak 30.9 peratus peserta menunjukkan gejala kemurungan, namun mereka yang mengamalkan diet Jepun didapati kurang cenderung mengalami gejala tersebut. Para penyelidik telah berusaha mengasingkan faktor lain yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian.
Institut itu berkata beberapa makanan dalam diet tersebut boleh dikaitkan dengan kesejahteraan yang lebih baik. Rumpai laut, produk soya dan asid folik dalam sayur-sayuran membantu melepaskan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamin, manakala ikan berlemak yang kaya dengan asid lemak omega-3 mempunyai kesan antiradang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemurungan
#diet jepun
#kesihatan
#kesejahteraan
#diet tradisional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami