awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dihalau dari rumah, pencinta kucing serah 50 ekor kucing ke pusat perlindungan

Agensi
Agensi
27/09/2021
15:42 MYT
Dihalau dari rumah, pencinta kucing serah 50 ekor kucing ke pusat perlindungan
Individu dari Ipoh itu terpaksa menyerahkan 50 ekor kucing miliknya ke pusat itu bagi memastikan kebajikan mereka terjaga. - Foto/Facebook Bustana Kucing
SEORANG pencinta kucing tidak memikirkan perihal dirinya sekalipun baru dihalau keluar rumah, sebaliknya yang lebih penting adalah si comel kesayangan ada tempat berteduh dan makanan untuk mengisi perut.
Menerusi kisah yang dikongsikan dengan portal MStar, seorang petugas pusat perlindungan kucing, Bustana Kucing, Zakaria Shafie berkata, individu dari Ipoh itu terpaksa menyerahkan 50 ekor kucing miliknya ke pusat itu bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.
"Dia (pemilik kucing) tinggal sendiri, suami sudah meninggal dan anak-anak pun tak ada.
"Dia seorang pencinta kucing dan sering menyelamatkan kucing di sekitar Ipoh," kata Zakaria.
Menerima jumlah kucing yang banyak dalam satu masa bukan perkara luar biasa bagi petugas di situ, namun ia memberi cabaran tersendiri kerana bukan semua kucing mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baharu.
Bustana Kucing terletak di Kangar, Perlis , menempatkan kira-kira 1,500 ekor kucing.
Dibuka pada 2015, ia diuruskan oleh 14 petugas termasuk seorang doktor.
"Dahulu pusat ini beroperasi dengan dana yang dikeluarkan oleh pengasas serta sukarelawan, tetapi sejak 2018, orang ramai sudah tahu tentang pusat ini dan membantu memberikan sumbangan," katanya.
Sumber Facebook bustanakucing
Topic Berkaitan
#kucing
#pusat perlindungan
#Kangar
#bustana kucing
#Zakaria Shafie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan