awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dota 2: Pertarungan epik The Major League tawar RM300,000

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
21/08/2017
00:19 MYT
Dota 2: Pertarungan epik The Major League tawar RM300,000
The Major League merupakan kejohanan Dota 2 anjuran Celcom yang akan berlangsung 20 Oktober depan. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul RM300,000.
Syarikat telekomunikasi Celcom bakal menganjurkan kejohanan Dota 2 The Major League pada 20 Oktober depan, dengan hadiah wang terkumpul RM300,000.
Kejohanan ini juga bakal menyaksikan Pusingan Kelayakan The Major League, bagi mencari kumpulan terbaik Malaysia menentang tujuh pasukan antarabangsa termasuk Ehome (China), Evos (Indonesia), Clutch (Filipina) dan MVP Revolution (Kyrgyzstan).
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata pihaknya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada industri e-sukan Malaysia.
“E-sukan sangat popular dalam kalangan belia ketika ini dan Celcom teruja untuk menyemai semangat e-sukan dalam kalangan golongan ini.
"Sudah tentunya kami akan memberi sokongan penuh kepada pasukan Malaysia,”katanya dalam satu sidang media di Makespace, di sini baru-baru ini.
Bagi pusingan kelayakan akan diadakan di beberapa kafe siber terpilih seperti Apple Dream Net, Orange E-Sports, Blitzone, Digital Fortness dan The Pantheon.
Sementara itu bagi pusingan akhir kejohanan ini akan diadakan di Academy of Esports di Afiniti Medini, Iskandan Puteri, Johor Bahru.
Kejohanan ini turut mendapat kerjasama Livescape Group dan Beatnation, dengan sokongan Iskandar Investment Berhad (IIB).
Tiket bagi menonton kejohanan ini boleh didapati di www.majorleague.asia
Topic Berkaitan
#celcom
#clutch
#ehome
#evos
#major league
#mvp revolution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan