PENGGUNA media sosial dikalangan remaja masih lagi menggunakan platform Facebook, namun majoriti menganggap ia tidak lagi ‘cool’ berbanding platform lain, lapor The Telegraph.

Menurut kajian yang dilakukan syarikat penyelidikan teknologi Forrester, 78 peratus remaja masih lagi menggunakan platform ini.

Sementara itu, 50 peratus menggunakan platform lain seperti Instagram, Twitter dan Snapchat.

BACA: Astro AWANI antara stesen televisyen Asia pertama guna Instant Articles di Facebook
BACA:
Facebook bakal perkenal 'live video streaming'

Namun apabila diminta menilai faktor ‘cool’ beberapa platform media sosial, Facebook menduduki tangga ke-7.

YouTube mendahului senarai dengan 80 peratus, diikuti dengan Snapchat (79 peratus) dan instagram (78 peratus).

Laporan yang sama turut berkata golongan remaja masih menggunakan Facebook walaupun tidak dianggap 'cool' kerana ia merupakan platform yang senang untuk berhubung dengan kenalan, khususnya dengan aplikasi Facebook Messenger.

Berikut adalah senarai platform media sosial paling ‘cool’ hasil kajian Forrester

1. YouTube – 80 peratus
2. Snapchat – 79 peratus
3. Instagram – 78 peratus
4. Vine – 72 peratus
5. Twitter – 69 peratus
6. WhatsApp – 67 peratus
7. Facebook – 65 peratus
8. Tumblr – 62 peratus
9. Pinterest – 58 peratus
10. Google+ - 55 peratus