EL-NINO merujuk kepada keadaan pemanasan alam sekitar yang ekstrem dan melebihi purata suhu semasa permukaan laut.
Indikator suhu ekstrem ini merujuk kepada peningkatan suhu persekitaran melebihi 37°C dan berupaya meningkat sehingga 40°C dengan kelembapan udara persekitaran rendah serta kering.
Secara meteorologinya, fenomena El-Nino juga dikaitkan dengan rentetan fasa permulaan peralihan monsun yang adakalanya menyebabkan hujan lebat serta ribut petir terutamanya pada lewat petang hingga malam.
Umumnya fenomena El-Nino bukanlah sesuatu yang baharu bagi negara Malaysia dan lain-lain negara di Asia Tenggara.
Boleh dikatakan pada setiap tahun bermula Mei hingga penghujung Ogos, Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering yang melampau serta berupaya menyebabkan kemarau di kawasan-kawasan pertanian dan hutan.
Suhu permukaan melonjak naik dan paras air permukaan bumi (sungai/tasik) akan menunjukan penyusutan, kepekatan habuk, debu serta partikel terampai dalam udara juga akan meningkat sekaligus menjadi punca jerebu.
Sudah tentu situasi ekstrem persekitaran seperti El-Nino ini akan memberikan impak yang signifikan kepada risiko kesihatan awam.
1. El-Nino dan risiko kesihatan awam
Antara risiko kesihatan yang sering dikaitkan dengan El-Nino termasuk kegagalan fungsi organ badan akibat suhu teras badan melebihi 40°C (heat stroke), keletihan dan kelesuan, pitam atau pengsan dan kekejangan otot.
Sekiranya gejala-gejala awal ini tidak diberikan perhatian segera dan serius, serta rawatan sewajarnya maka risiko kematian adalah sangat tinggi.
Selain daripada itu, banyak kajian epidemiologi juga mendapati masalah kesihatan kardiovaskular juga mempunyai perkaitan dengan keadaan suhu panas melampau.
WHO (World Health Organisation) mencadangkan kesan kesihatan awam yang terkait dengan fenomena El-Nino adalah seperti peningkatan penyakit respiratori dalam kalangan kanak-kanak dan kumpulan yang berisiko (asma, radang paru-paru, sakit tekak, sakit mata, batuk dan selesema), peningkatan penyakit bawaan vektor (penyakit berjangkit), tekanan psiko-sosial, isu keselamatan dan kebolehdapatan sumber makanan.
2. Persediaan untuk menghadapi fenomena El-Nino
Pemantauan dan pengekalan suhu teras badan pada 36 - 37.5°C (suhu normal) adalah sangat-sangat penting. Suhu teras badan yang tinggi boleh mengganggu sistem fisiologi dan cecair badan. Pengawalan suhu teras badan ini boleh dilakukan dengan mengamalkan kaedah berikut;
i. Minum air (kosong) setiap kali apabila terasa dahaga. Amaun dan kekerapan pengambilan air (kosong) mesti dipertingkatkan pada masa ini. Air penting bagi mengelak badan mengalami dehidrasi. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.
ii. Elak dari menghadiri persekitaran dalaman atau luaran yang panas. Cari tempat yang teduh, sejuk, mempunyai penghawa dingin atau sistem ventilasi (kipas) yang kondusif serta bersih. Elakan dari terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara langsung.
iii. Pakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang ringan, longgar, sejuk, berwarna terang (putih) dan berupaya meresap haba dan peluh (kain kapas/cotton). Elakkan memakai pakaian berlapis, tebal serta berwarna gelap. Pastikan juga fabrik mempunyai ventilasi udara yang baik.
iv. Tingkatkan kekerapan mandi atau basahkan kepala. Pengaliran serta pengeringkan air pada permukaan kulit akan memberikan rasa sejuk dan berupaya menurunkan suhu permukaan kulit.
v. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran atau buah-buahan dan kurangkan makanan tinggi karbohidrat dan protein karana ianya akan menaikkan kadar metabolisme dan memberi kesan peningkatan suhu badan.
3. Kesan pengabaian fenomena El-Nino
Sekiranya komuniti tidak mengambil atau melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya untuk satu tempoh masa yang berterusan, maka ianya berisiko tinggi untuk mengalami kematian.
Jangan tangguh rawatan atau pemulihan yang berkaitan dengan ketegasan haba kerana ianya juga boleh menyebabkan organ dalaman badan seperti buah pinggang, jantung dan hati gagal berfungsi secara normal. Cegah lebih baik dari merawat, jangan sudah terantuk baru mahu tengadah.
4. Cadangan aktiviti kawalan risiko El-Nino yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, El-Nino pasti berlaku pada setiap tahun, cuma tahap keterukannya bergantung kepada fenomena semasa alam sekitar.
Akibat pemanasan global yang berterusan, aktiviti manusia seperti pembakaran fossil (bahan organic, petrol, diesel, arang batu), pembandaran dan penerokaan tanah mampu menjadikan fenomena El-Nino ini lebih ekstrem menjelang 2025.
Cadangan kepada pihak kerajaan;
i. Menyediakan polisi, pelan tindakan atau SOP khusus sebagai sumber rujukan masyakat dalam menghadapi El-Nino. Ianya juga perlu disokong dengan aktiviti meningkatkan kefahaman (awareness/education) terutamanya kepada golongan muda (remaja), perkongsian maklumat serta informasi terkini berkaitan penilaian dan kawalan risiko El-Nino.
ii. Menyediakan bekalan air mentah dan terawat yang mengcukupi bagi kegunaan masyarakat. Begitu juga dengan sumber bekalan makan (food security), haruslah mencukup sepanjang tempoh El-Nino.
iii. Fleksibiliti atau menghadkan semua aktiviti kerja lapangan/luaran (outdoor) yang berkaitan dengan kerja (pertanian/perindustrian) dan persekolahan.
iv. Memperkasakan sistem kesihatan awam negara dengan mempersiapkan sumber manusia yang mencukupi (pakar perubatan/petugas kesihatan), fasiliti, farmasi serta kemudahan kesihatan yang sentiasa dalam mod siap siaga. Mungkin juga boleh memasukan parameter ketegasan haba dalam aplikasi MySejahtera.
v. Meningkatkan usaha-usaha kearah persekitaran negara yang bebas pencemaran dan zero karbon (zero-carbon footprint).
5. Nasihat umum untuk rakyat menghadapi fenomena El-Nino
Cakna diri dengan membuat penilaian dan kawalan suhu badan (rekod kesihatan) secara kendiri.
Bagi ibubapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya apabila anak-anak terkesan dengan masalah dehadrasi. Segera rujuk dan dapatkan nasihat dari pakar perubatan sekiranya ada mempunyai gejala berkaitan ketegasan haba/strok haba.
Cuba kurangkan aktiviti diluar permis/rumah. Patuhi arahan semasa dan pemakluman kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak Kementarian Kesihatan atau mana-mana agensi yang diberikan tanggungjawab oleh kerajaan.
Artikel ini disediakan oleh Pakar Pengurusan Risiko Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Felo, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin.
Kenyataan Media
Thu May 04 2023
Boleh dikatakan pada setiap tahun bermula Mei hingga penghujung Ogos, Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering yang melampau - Foto/fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
Fenomena El-Nino dan risiko kepada kesihatan awam
Umumnya fenomena El-Nino bukanlah sesuatu yang baharu bagi negara Malaysia dan lain-lain negara di Asia Tenggara.