Kereta Itali Ferrari sekarang mempunyai 25 anugerah antarabangsa dalam setahun dengan dua anugerah terbaru yang diterima daripada sebuah penerbitan Perancis “L'Automobile Magazine Bring”

Kereta 458 Spider yang dikuasai enjin V8 telah diumumkan sebagai ‘Cabriolet Terbaik’ dan Berlinetta F12 yang dikuasai enjin V12 telah dinamakan ‘Coupe Terbaik’ pada majlis Anugerah L'Automobile Magazine 2013 Kereta Terbaik.

Penghormatan daripada penerbitan automotif terkenal Perancis itu sesuai kerana kereta-kereta Ferrari terbaru dianggap yang terbaik di dalam sejarah dari segi kuasa, prestasi dan gaya.

Kereta 458 telah menetapkan tahap baru dalam apa yang boleh dijangkakan daripada sebuah kereta enjin V8. Manakala F12 Berlinetta menawarkan tahap kelajuan dan prestasi yang hanya boleh didapati pada ‘hypercar’ Enzo beberapa tahun lalu.

Ferrari dijangka akan memenangi beberapa lagi anugerah apabila ia memperkenalkan F70 yang dinanti-nantikan pada Pameran Kereta Geneva pada bulan Mac. F70 merupai pengganti bagi Enzo, yang dihentikan pengeluarannya pada tahun 2004.

F70 dikhabarkan akan menggabungkan teknologi mesra alam dengan Formula 1 terbaru.

Beratnya juga dijangka akan berkurangan 1,100 kg dan penggunakan V12 enjin hibrid boleh mencapai 800hp, dan ditambah lagi satu unit KERS yang boleh mencapai 120hp pecutan pendek.

F70 juga dijangka menjimatkan 40 peratus minyak berbanding dengan Enzo, walaupun ia hampir dua kali ganda lebih kuat.