LIFESTYLE
'The Final Twist' Anwar Ibrahim, dulu 'zero' kini hero

Buku Anwar Returns The Final Twist dilancar pada hari ini dalam suasana arena politik negara yang semakin terbuka.
Buku 'Anwar Returns – The Final Twist' dilancar hari ini dalam suasana arena politik negara yang semakin terbuka.
Sesuai dengan era Malaysia Baharu, buku terbaharu penulis Australia Mark Trowell, seorang peguam jenayah berpangkat Queen’s Counsel (QC) melengkapkan naratif ranjau politik yang dialami Anwar.
Bermula sebagai bintang harapan dan protégé perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kemudiannya menjadi lawan dan mangsa, kini mereka bertemu semula, direhabilitasi dan dinobat sebagai bakal Perdana Menteri negara.
Buku pertama dihasilkan Trowell pada 2012 melalui Sodomy ll berkisar kes pendakwaan atas tuduhan liwat yang bukan sahaja mengaibkan dirinya dan keluarga, tetapi turut dikira membunuh karier politik. Ini diikuti The Prosecution of Anwar Ibrahim: The Final Play pada 2015. Trilogi ini kini lengkap dengan penerbitan The Final Twist.
Ini sungguh berharga bagi pembaca mahupun pemerhati yang ingin mendalami dan memahami keputusan yang dicapai barisan hakim, bersesuaian dengan nilai, norma mahupun tekanan tempatan yang sedia ada.
Buku Anwar Returns – The Final Twist dilancarkan oleh isteri Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada petang ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami