awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Flying gardeners': Ejen penjanaan semula hutan

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2022
02:13 MYT
'Flying gardeners': Ejen penjanaan semula hutan
Sektor perniagaan harus memastikan operasi dan rantaian bekalan mereka mengamalkan dasar 'tiada penebangan hutan'. - fotoBERNAMA
NAMANYA unik, begitu juga fungsi dan peranannya yang jarang difahami.
Apa itu 'flying gardeners'?
Kelawar buah dan burung enggang.
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kelawar buah dan burung enggang membantu menyebarkan benih spesies tumbuhan, seperti buah ara, dalam jarak yang jauh. Ini penting bagi memulakan proses pemulihan dan penjanaan semula hutan. Kelawar buah juga dikenali sebagai ejen pendebungaan pokok buah-buahan secara komersial, serta tumbuan di hutan hujan dan ekosistem bakau.
'Flying gardeners' semakin terancam
Malangnya, flying gardeners menghadapi pelbagai ancaman yang berpunca daripada aktiviti manusia.
Dua spesies kelawar buah iaitu Large Flying Fox (Pteropus vampyrus) dan Island Flying Fox (Pteropus hypomelaus), terancam akibat penebangan hutan. Selain diburu untuk dijual sebagai makanan dan dibuat ubat, kelawar sering disalah anggap sebagai perosak tanaman.
Kebanyakan daripada 10 spesies burung enggang di Malaysia turut menjadi sasaran pemburu haram, tetapi Helmeted Hornbill (Rhinoplax vigil) lebih cenderung menjadi mangsa kerana menjadi pilihan sebagai barang hiasan di China.
Apa peranan 'flying gardeners' dalam perniagaan?
Jika sektor perniagaan bimbang perubahan iklim akan menjejaskan operasi mereka, membantu memelihara dan ekosistem seharusnya menjadi keutamaan.
Tanpa hutan yang dijaga oleh flying gardeners, operasi perniagaan mungkin mengalami kemerosotan dari segi kawal selia ekosistem (seperti pencegahan banjir) dan hasil (seperti kehilangan peluang eko-pelancongan dan bahan mentah).
Kedua-dua spesies kelawar yang disebutkan terdahulu kini disenaraikan sebagai 'Terancam' dalam 'Senarai Merah Mamalia untuk Semenanjung Malaysia' manakala semua spesies burung enggang kini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.
Apa cara memelihara 'flying gardeners'?
Sektor perniagaan harus memastikan operasi dan rantaian bekalan mereka mengamalkan dasar 'tiada penebangan hutan' bagi memastikan hutan, habitat semula jadi flying gardeners, dipelihara.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyelidik dari Universiti Sunway, dan NGO tempatan seperti Rimba dan Gaia, telah menjalankan kajian untuk lebih memahami kelawar buah dan burung enggang. Mereka juga cuba melindungi beberapa baki hutan liar untuk menyediakan tempat perlindungan yang selamat bagi kedua-dua spesies utama.
* Diolah daripada artikel asal 'Flying gardeners: Why should they matter to Malaysia's businesses?' tulisan Prof. Madya Gopalasamy Reuben Clements dan Dr. Ravinder Kaur, Jabatan Sains Biologi, Pusat Pengajian Perubatan dan Sains Hayat, Universiti Sunway
Topic Berkaitan
#flying gardener
#hidupan liar
#kelawar buah
#Enggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan