APABILA memasuki sahaja Ogos, semua sedia maklum ia merupakan bulan kemerdekaan buat tanah air tercinta, Malaysia.

Pelbagai kisah sejarah dan detik-detik perjuangan tokoh dahulu mula dibangkitkan semula sebagai teladan kepada generasi muda.

Bagaimanapun, Malaysia turut dihujani dengan pelbagai perkara dan peristiwa mengejutkan khususnya dalam dunia politik hingga berlakunya perubahan kepemimpinan negara.


Kita selusuri serba sedikit kisah-kisah menarik yang menjadi perhatian sepanjang 31 hari, bulan ini dalam #GarisMasa.
 
1. Ahli Parlimen Pembangkang berarak menuju ke Parlimen



Ahli Parlimen Pembangkang berarak menuju ke Parlimen

Pada 2 Ogos, puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak menuju ke Parlimen selepas berkumpul di Dataran Merdeka, sambil membawa sepanduk meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet meletakkan jawatan.

2. MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu mengambil pendirian berpihak kepada YDP Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO. 

BACA: MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM

3. Muhyiddin letak jawatan sebagai Perdana Menteri

BACA: '15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan, saya telah hilang majoriti' - Muhyiddin

Pada 16 Ogos, Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan dan keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dikemukakan tidak mendapat sokongan pimpinan parti politik.

4. Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang


Perjumpaan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara diadakan pada 20 Ogos membincangkan isu pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan Kabinet baharu.

5. Ismail Sabri dilantik Perdana Menteri Ke-9



Perdana Menteri Ke-9 | Ismail Sabri dilantik Perdana Menteri ke-9

YDP Agong berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 20 Ogos seterusnya mengangkat sumpah pada keesokan harinya di Istana Negara.

6. Barisan Kabinet baharu diumumkan

BACA: Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak

Pembentukan Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada 27 Ogos seterusnya seramai 69 ahli Parlimen telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri mengangkat sumpah di Istana Negara pada 30 Ogos.

7. Teguran Raja-Raja Melayu dalam sidang DUN negeri-negeri

Perasmian sidang DUN Johor, Selangor, Perak, Kelantan, Pahang dan Perlis menyaksikan beberapa Sultan dan Pemangku Sultan mencemar duli menyempurnakan majlis.

BACA: Sultan Perak titah semua 59 ADUN pamer politik matang - Sultan Nazrin




Sidang DUN Pahang | Amalkan politik matang - Pemangku Raja Pahang

Titah berkenaan khusus menasihatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing supaya menjaga kebajikan rakyat dan berpolitik secara matang.

8. Beberapa bekas pemimpin negara meninggal dunia

Antaranya Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Lajim Ukin; bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dan bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab.

BACA: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Lajim Ukin meninggal dunia akibat COVID-19

BACA: Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

BACA: Tun Sakaran meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19


9. Sambutan kedua Hari Kebangsaan dalam pandemik COVID-19

Dataran Pahlawan Negara menyaksikan sambutan secara terbuka Hari Kebangsaan 2021 yang diraikan dalam suasana terkawal dan berskala kecil.




Kemerdekaan | Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64

Selaras dengan tema Malaysia Prihatin, hari bersejarah itu bukan hanya menyemarakkan semangat patriotisme malah membawa mesej secara simbolik kepada rakyat untuk memerangi COVID-19.

10. Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia akibat COVID-19

BACA: Siti Sarah meninggal dunia

Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa beberapa hari akibat COVID-19 meninggal dunia pada 9 Ogos.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras.

11. Remy sah bergelar suami Ezza Yusof

BACA: Remy Ishak, Ezza Yusof selamat diijabkabul

Pada 21 Ogos, dengan sekali lafaz, pelakon, Remy Ishak, 39, sah bergelar suami kepada usahawan, Ezza Yusof, 38.

Pasangan berkenaan disatukan dalam upacara pernikahan serba ringkas di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

12. Hanya KKM kendalikan pemberian vaksin COVID-19

BACA: Semua program, strategi kesihatan lawan COVID-19 dikendali KKM - PM

Hanya Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengendalikan pemberian vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sebelum ini dikendalikan bersama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada 28 Ogos, ia membolehkan MOSTI fokus terhadap penyelidikan khususnya berkaitan penghasilan vaksin pertama negara.

13. Kemilauan pingat daripada atlet-atlet tanah air dalam Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020

BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia

B
ACA: 
Ada ganjaran buat Bonnie - Abang Jo