awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2021
00:01 MYT
Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.40 pagi Sabtu, 28 Ogos, 2021.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali melalui catatan di akaun Facebook miliknya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.40 pagi tadi.
Allahyarham, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berusia 82 tahun.
Difahamkan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Keluarga Tun Ahmad Sarji juga mengesahkan Allahyarham disahkan bebas COVID-19.
Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras kerana komplikasi COVID-19.
Sumber Facebook TanSriDatoSeriZukiAli
Belasungkawa | Perkembangan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara
Turut menyampaikan ucapan takziah, Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja IKIM.
Menurut catatan Unit Perhubungan Korporat IKIM, Ahmad Sarji yang dilahirkan pada 16 Sept 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM pertama yang dilantik pada 1992, sehingga disandang pula oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Sept 2015.
Pada 4 Februari 2019, Ahmad Sarji dilantik semula sebagai Pengerusi IKIM sehingga kini.
Sumber Facebook institutkefahamanislammalaysia
Topic Berkaitan
#Ahmad Sarji Abdul Hamid
#meninggal dunia
#COVID-19
#HCTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan