LIKAS: Selepas dua tahun tidak menyambut kemeriahan Aidilfitri, pastinya ketibaan bulan Syawal kali ini dinanti dengan penuh rasa teruja.
Tidak terkecuali keluarga Rimah Karim di Likas, Kota Kinabalu, Sabah yang berkesempatan meraikan Aidilfitri tahun ini bersama suami, anak-anak dan keluarga tercinta.
Kelonggaran SOP sempena peralihan negara ke fasa endemik membolehkan mereka berkumpul semula dan meraikan hari kemenangan umat Islam ini, bersama.
Untuk syawal kali ini, jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua pasangan ini melihat anak-anak dan cucu kembali berkumpul di bawah satu bumbung.
Tambah Rimah, sebagai ibu kepada lima anak, tiada yang lebih bermakna selain dapat menyediakan juadah kegemaran mereka di pagi raya.
‘’Saya sangat teruja dan terharu kerana dapat menyambut hari raya tahun ini kerana selama dua tahun berturut-turut kita berada dalam tempoh yang sukar kerana penularan COVID-19.
‘’Sepanjang tempoh itu juga, sambutan Aidilfitri diraikan tanpa keluarga di sisi dan kini keadaannya kembali normal dengan keluarga dan sanak saudara yang jauh pun dapat meraikan keindahan Syawal bersama,’’ katanya.
Bagaimanapun ujarnya, walaupun negara ketika ini sedang dalam fasa peralihan ke endemik, tetapi masyarakat tetap perlu bertanggungjawab dan terus mengamalkan semua SOP digariskan bagi mengekang penularan COVID-19.
‘’Walaupun SOP sudah dilonggarkan khusus bagi sambutan Aidilfitri tahun ini, SOP mestilah terus diutamakan dan amalkan penjarakan fizikal dalam keadaan yang perlu terutama ketika berada di ruang yang sesak.
‘’Kalau boleh, lakukan penggiliran khusus bagi tetamu yang berkunjung ke rumah bagi memastikan keselamatan kita semua terus terjamin,’’ tambahnya lagi.
Bercerita tentang juadah istimewa, Rimah berkata, antara yang paling dinantikan pastinya hidangan tradisi seperti kelupis, nasi impit dan kuah kacang.
Malah lebih unik, Rimah memilih untuk mencampurkan daging dalam kuah kacang dan ini merupakan menu wajib keluarganya ketika meraikan lebaran.
‘’Antara menu yang dihidangkan semestinya rendang daging dan untuk makanan tradisi, kami menyediakan kelupis, nasi impit dan kuah kacang.
‘’Uniknya di sini, daging dicampurkan bersama kuah kacang dan jarang kami menghidangkan kuah kacang kosong.
‘’Antara lain, kami juga menghidangkan kuih-muih tradisi yang tetap menjadi pilihan kami sekeluarga,’’ ujarnya.
Tambahnya, apa yang penting dalam menyambut perayaan Aidilfitri adalah tanggungjawab semua pihak dalam mengamalkan SOP kendiri bagi mengelak peningkatan jangkitan COVID-19.
Astro Awani
Mon May 02 2022

Tambah Rimah, sebagai ibu kepada lima anak, tiada yang lebih bermakna selain dapat menyediakan juadah kegemaran mereka di pagi raya. FOTO: Astro AWANI

AWANI Ringkas: Janin, tiga sekeluarga mangsa banjir dikebumi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.

China di Asia Timur: Keamanan Asia Tenggara terikat kepada kestabilan
Keamanan di Asia Tenggara secara amnya dan Malaysia secara khususnya terikat secara langsung kepada kestabilan dan keamanan rantau Asia Timur.

Banjir Di Baling | Mati berpelukan, simbol kasih sayang keluarga
Penemuan dua mayat mangsa tragedi banjir di Kampung Iboi, Baling Kedah, dalam keadaan berpelukan di Kampung Iboi, menjadi saksi eratnya kasih sayang menantu kepada mentuanya. Suami mangsa, Mohd. Khairul Asraf Nor Azman, Allahyarham isterinya, Nur Anis Abu Hasan sebelum ini meminta kebenarannya untuk menjaga ibunya yang terlantar akibat menghidap strok.

Banjir Di Baling | Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Dua buah Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah terpaksa dihenti tugas pada lewat malam Selasa. Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md nor, ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Banjir Di Baling | Jambatan segera dibina di kawasan Lata Celak
Sebuah jambatan sementara akan segera dibina di Lata Celak, Kampung Iboi, Kupang selepas jambatan konkrit sedia ada runtuh dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air dan banjir dua hari lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan pembinaan jambatan itu bertujuan memastikan aktiviti seharian penduduk tidak terjejas termasuk pergerakan ke sekolah dan masjid.

Banjir Di Baling | Jumlah mangsa di PPS menurun
Jumlah mangsa banjir akibat kepala air membabitkan 12 kampung yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, P-P-S di Baling menurun kepada 495 orang daripada 109 keluarga. Jumlah itu dilaporkan setakat jam 11 pagi ini berbanding jumlah mangsa semalam iaitu 1,455 mangsa.

Banjir Baling | Tiga sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Tiga sekeluarga yang ditemukan maut susulan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi. Jenazah, Salmah Mat Akib, 54 tahun, menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, yang hamil empat bulan dan anaknya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta dan AS$8 juta.

Banjir | Belum reda, peniaga diuji insiden kebakaran
Belum reda banjir, seorang peniaga diuji sekali lagi apabila rumah kedai miliknya musnah terbakar di Kampung Masjid Iboi, Kupang, Baling, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan pada jam 9.35 malam.

70,000 pengunjung dijangka hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PM, Jemaah Menteri Ahad ini
Seramai 50,000 hingga 70,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri Ahad ini.

Gembira berkumpul semula dengan anak dan cucu, SOP COVID-19 tidak diabaikan
Selepas dua tahun tidak menyambut kemeriahan Aidilfitri, pastinya ketibaan bulan Syawal kali ini dinanti dengan penuh rasa teruja.

Aidilfitri: Tiket bas Kuala Lumpur-Kota Bharu antara paling laris
Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual.