PENGGUNAAN rokok elektronik atau vape menjadi alternatif untuk perokok berhenti merokok.
Namun begitu, peranti terbabit kini mudah dibeli tanpa pengawasan dan lebih membimbangkan, kanak-kanak mula menggunakan peranti tersebut.
Antara kerisauan yang dikemukakan dalam laporan media yang menjadi tular di media sosial adalah peranti yang direka bentuk sebagai jam tangan digital yang membolehkan pelajar membawa peranti ke sekolah tanpa dikesan.
Kebimbangan lain adalah termasuk penjualan gula-gula 'Ghost Smoke' yang meniru rokok dan rasa vape yang khusus menyasarkan kanak-kanak seperti 'bubble gum' dan 'cotton candy’ atau gula-gula kapas.
Bagi mengekang perkara terbabit, NCIG telah melancarkan gerakan #NotForKids untuk menggesa seluruh industri bertindak dalam memastikan semua produk berkaitan selamat daripada jangkauan kanak-kanak bawah umur.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIG, Shariffuddin Bujang mengutuk tindakan pengilang dan peruncit yang tidak bertanggungjawab dan mengejar keuntungan dengan menjual produk pasaran dewasa kepada kanak-kanak di Malaysia.
"Kami bimbang dengan kes-kes yang berlaku di sekolah dan kami bersedia membantu pihak berkuasa, pentadbir sekolah, dan kumpulan masyarakat untuk berperang melawan perkara ini.
"Gimik seperti itu direka untuk menyusup masuk ke pasaran kanak-kanak. Kami di NCIG tidak akan membiarkan atau menyokong tindakan mereka yang membuat dan menjual peranti ini dan dari situ, timbulnya gerakan #Not4Kids," katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIG, Shariffuddin Bujang
#Not4Kids adalah seruan untuk semua pengeluar dan penyedia produk dan perkhidmatan rokok elektronik untuk melakukan segala yang mungkin dalam kuasa mereka untuk memastikan bahawa mereka secara efektif melindungi kanak-kanak di bawah umur daripada membeli dan menggunakan produk-produk dewasa.
"Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dari April 2018, dianggarkan lebih daripada setengah juta pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 merokok, dimana ia juga dilarang keras dijual kepada anak-anak di bawah umur.
"Ini adalah masa untuk semua di dalam industri ini untuk mengambil peranan yang lebih bertanggungjawab dan proaktif untuk menjaga belia kita.
"Ibu bapa dan orang ramai juga boleh memainkan peranan mereka dalam pergerakan #NotForKids dengan berwaspada dan memastikan kanak-kanak dan remaja dilindungi dengan selamat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyasarkan anak-anak di bawah umur," katanya lagi.
NCIG telah mengambil langkah-langkah segera berikut untuk memastikan bahawa semua produknya terus selamat dari jangkauan dari kanak-kanak di bawah umur dengan menjalankan penguatkuasaan yang lebih teguh di seluruh rantaian jualan dan edarannya untuk memastikan semua ejen dan peruncit tidak menjual produk NCIG kepada kanak-kanak di bawah umur.
Seterusnya, penguatkuasaan pendaftaran mandatori menggunakan kad pengenalan bagi pengaktifan peranti NCIG dan semua pembungkusan runcit produk NCIG sedang direka bentuk semula untuk membawa label amaran yang lebih jelas yang melarang jualan kepada kanak-kanak bawah umur serta larangan kemasukan ketat oleh kanak-kanak di semua premis runcit NCIG di seluruh dunia.
Gempak
Sat Jul 27 2019
peranti terbabit kini mudah dibeli tanpa pengawasan dan lebih membimbangkan, kanak-kanak mula menggunakan peranti tersebut. - Gambar hiasan/Foto: Carian Google, Sinar Harian
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.