LIFESTYLE
Giliran Najib guna Facebook Live

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau perjalanan perniagaan di pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet Kasih di Presint 7, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Penstriman video secara langsung seperti Periscope dan Facebook Live kian popular.
Hari ini giliran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggunakan aplikasi itu di laman rasmi Facebook beliau buat pertama kali.
Penstriman itu dilakukan pada lebih kurang jam 6 petang tadi ketika beliau melawat MyFarm Outlet di Presint 7, Putrajaya.
Video berdurasi 2 minit 22 saat itu menunjukkan Najib beramah mesra bersama para peniaga and pengunjung.
Video Facebook Live pertama Najib setakat ini mencatat 59,000 views.
Facebook melancarkan ciri ‘Facebook Live’ secara global pada 28 Februari lalu.
Ia memudahkan personaliti terkenal untuk memberi perkembangan sesuatu majlis ataupun sidang media secara langsung kepada pengikutnya di media sosial.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami