CHROMECAST adalah ciri yang kini ramai kenali. Ia membenarkan kandungan skrin telefon atau tablet pengguna dikongsi pada skrin lain seperti televisyen pintar atau monitor pintar.
Kebanyakan pengeluar yang menyokong ciri ini akan memaparkan label Chromecast built-in dan ini akan berubah kerana Google telah menjenamakannya semua kepada Google Cast.
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu milik ketika itu.
Semasa pengumuman Android Automotive OS beberapa minggu lepas, Google telah menggunakan terma Google built-in untuk pengeluar kenderaan yang mengintegrasikan perkhidmatan Google pada sistem inforia mereka dan salah satu ciri adalah Google Cast.
Malah laman web Android.com dan laman Google Support turut telah menggunakan terma Google Cast secara rasmi.
Dalam semakan saya sendiri, Google hanya mengubah nama bagi ciri ini dan tiada sebarang perubahan pada ciri dan fungsi.
Buat masa ini, majoriti produk dengan ciri berkongsi kandungan skrin telefon/tablet ke skrin lain masih menggunakan Chromecast built-in.
Perubahan nama mungkin akan berlaku secara berperingkat. -Amanz
Amanz
Mon May 27 2024
Kebanyakan pengeluar yang menyokong ciri ini akan memaparkan label Chromecast built-in dan ini akan berubah kerana Google telah menjenamakannya semua kepada Google Cast. -Amanz
Tumpuan Selasa – 18 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bungkusan kecil berbalut benang atas pusara ayah Muhyiddin
Bungkusan kecil yang diikat benang di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu
10 perkara mengenai Chromecast yang anda perlu tahu
Chromecast adalah peranti kecil yang membenarkan media streaming apabila dipasangkan ke televisyen