KUALA LUMPUR: Tarikh 3 Disember setiap tahun dipilih sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini.
Pengisytiharannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharapkan dapat menggalakkan masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memakai pakaian bercorak batik Malaysia.
Ia juga bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia, iaitu rakyat berbilang kaum bersatu hati dalam menggayakan keunikan dan keindahan batik tempatan.
Astro AWANI tidak ketinggalan meraikan Hari Batik Malaysia hari ini.
Selain menggalakkan petugas di belakang tabir mengenakan pakaian bercorak batik, penyampai yang tampil di kaca televisyen sepanjang hari ini juga segak menggayakan batik pilihan masing-masing.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kapten Batik, Mohd Zul Fadli Mohamad Muhsin, berkata batik kini tidak lagi dianggap ketinggalan zaman sebaliknya diterima baik semua golongan dan peringkat.
"Sekarang sudah ada kesedaran khususnya dalam kalangan belia dengan usaha sama kerajaan dan swasta dalam mengaplikasikan batik dalam penggunaan harian.
"Langkah yang diambil kerajaan membantu memperluaskan penggunaan batik dan dalam masa yang sama, meningkatkan pendapatan pengusaha batik dan kraf tempatan.
"Batik Malaysia ada nilai unik dan tersendiri. Jika dilihat dari sudut warna dan motif, kita banyak menggunakan tema flora, kita boleh letak keunikan batik Malaysia untuk bersaing dengan kraf tekstil lain.
"Lebih mengujakan, sekarang batik dipromosikan sebagai pemakaian harian, dan tidak terhad untuk sesuatu yang eksklusif, majlis atau aktiviti tertentu sahaja.
"Malah sekarang ini kita nampak belia juga semakin banyak berminat mengenakan corak batik," kata
Kapten Batik bermula pada Mac 2017 dengan matlamat utama untuk mempertahankan warisan batik dan menjadikannya pakaian praktikal dengan cetakan batik yang segar, diilhamkan dari pengembaraan dan seni bina.
Selain Kapten Batik, penyampai Astro AWANI turut mendapat tajaan daripada Kakee Batik, sebuah jenama yang memfokuskan pada batik lukisan tangan.
Untuk rekod, penyampai Astro AWANI mengenakan pakaian bermotif batik pada setiap hujung minggu, sejak beberapa tahun lalu.
Hari Batik Malaysia juga merupakan satu bentuk penghargaan atas sumbangan, sokongan dan minat dalam kraf batik ditonjolkan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Badawi.
Tarikh 3 Disember dipilih kerana pada tanggal itulah Allahyarham memulakan gerakan Malaysian Batik-Crafted for the World untuk membawa batik tempatan ke persada antarabangsa.
Madiha Abdullah
Fri Dec 03 2021
Penyampai yang tampil di kaca televisyen sepanjang hari ini juga segak dalam gaya batik pilihan masing-masing. - Gambar/ Astro AWANI
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Hari Batik kekal pada 3 Disember - Nancy
Tarikh 3 Dis yang diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia dikekalkan dalam usaha memperkasa industri batik tempatan dan menyemarakkan pemakaian batik Malaysia.
Ras Adiba mohon kerajaan tukar tarikh Hari Batik Malaysia kepada tarikh lain
Beliau meluahkan rasa kecewa komuniti OKU dan meminta agar kerajaan memberi perhatian serta mengambil kira Hari OKU Sedunia.
3 Disember diisytihar Hari Batik Malaysia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini.