awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari pertama 'total lockdown', Kuala Lumpur lengang

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/06/2021
15:21 MYT
Hari pertama 'total lockdown', Kuala Lumpur lengang
Situasi itu sebenarnya menunjukkan rakyat mematuhi arahan kerajaan dengan tidak keluar rumah, hanya keluar untuk bekerja atau urusan penting. - Gambar/ Astro AWANI
KEBIASAANNYA, waktu petang di Kuala Lumpur, tambahan pula hari bekerja, kawasan di sana-sini sesak.
Kenderaan memenuhi segenap ruang jalan raya. Laluan yang biasanya lima minit saja boleh sampai, mungkin 15 minit tidak tentu lagi tiba ke destinasi.
Begitulah rutin harian penduduk Lembah Klang.
Namun, hari pertama 'total lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 berkuat kuasa, hari ini, keadaan ibu kota jauh berbeza.
Kedai banyak yang ditutup, kenderaan pun tidak banyak malah orang awam lalu-lalang juga tidak ramai. Lengang rasanya.
Tinjauan ke beberapa lokasi yang biasanya sesak teruk pada 5.00 petang dan ke atas, Astro AWANI mendapati keadaannya jauh berbeza, tidak langsung sesak.
Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang malah Jalan Tun Abdul Razak, semuanya lengang, tidak banyak kereta langsung!
Kompleks beli belah popular juga ditutup pintu masuknya namun ditampal notis memberitahu beberapa premis seperti premis jualan makanan masih dibuka.
Tinjauan di Lebuh Raya Persekutuan - menghala ke Shah Alam pada jam 6.00 petang - keadaannya juga sama, lengang.
Total Lockdown | Tinjauan sekatan jalan raya di ibu negara
Kesesakan hanya berlaku berhampiran sekatan jalan raya (SJR) di mana difahamkan ia mengambil masa sedikit lama kerana polis memeriksa setiap kenderaan dengan teliti.
Situasi itu sebenarnya menunjukkan rakyat mematuhi arahan kerajaan dengan tidak keluar rumah, hanya keluar untuk bekerja atau urusan penting.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun dan berakhir pada 14 Jun nanti.
Keputusan itu dibuat susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 sehinggakan mencecah 9,000 kes sehari baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#KL
#Kuala Lumpur
#lengang
#total lockdown
#sekatan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan