awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda CBR250RR minta laluan jadi 'King' dalam kelas 250cc

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/12/2020
05:04 MYT
Honda CBR250RR minta laluan jadi 'King' dalam kelas 250cc
Setelah hampir empat tahun peminat motosikal di Malaysia menunggu kehadiran CBR250RR akhirnya Boon Siew Honda secara rasmi melancarkan model itu, pada Jumaat.
KUALA LUMPUR:Setelah hampir empat tahun peminat motosikal di Malaysia menunggu kehadiran CBR250RR akhirnya Boon Siew Honda secara rasmi melancarkan model itu, pada Jumaat.
Berita lebih baik ialah CBR250RR yang dilancarkan itu adalah versi terbaru diperkenalkan di Jepun tahun lalu yang hadir dengan kuasa yang lebih tinggi dan dilengkapi quickshifter.
Model 250cc ini menjadi pencabar kepada Yamaha R25 yang telah lama bertapak di Malaysia dan kemungkinan akan menggugat status Yamaha R25 sebagai raja dalam kelas yang sama selagi mana Kawasaki ZX25R tidak berada di pasaran Malaysia.
Motosikal supersports permulaan ini dikuasakan oleh enjin dua silinder, DOHC penyejukan cecair, bersama gabungan transmisi enam kelajuan serta klac assist/slipper, mampu menghasilkan kuasa 40 hp pada 13,000 rpm dan 25 Nm tork 11,000 rpm.
Lebih menarik, berbanding Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha R25, CBR250RR satu-satunya dalam kelas 250cc mempunyai tiga mod tunggangan.
Antara spesifikasi lain termasuk fork USD, sistem pendikit ride-by-wire dan brek cakera depan serta belakang dilengkapi sistem ABS.
Muka hadapan yang garang dan sporty model ini dilengkapkan dengan lampu utama LED lapisan berkembar, speedometer digital dan ekzos berkembar.
Boon Siew Honda Malaysia turut memberikan jaminan selama dua tahun atau 20,000km.
Manakala terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.
Harga CBR250RR berjumlah RM25,999 sedikit tinggi berbanding Kawasaki Ninja 250 (anggaran RM23,000) dan Yamaha R25 (anggaran RM19,999).

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#CBR250RR
#motosikal
#Boon Siew Honda
#Jepun
#Yamaha R25
#Kawasaki ZX25R
#DOHC
#speedo digital
#Winning Red
#Mat Gunpowder Black Metallic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan