LIFESTYLE
HUAWEI lancar Siri Watch Fit 4 & Watch Fit 5, sasar pengguna dengan gaya hidup aktif
KUALA LUMPUR: Setelah debut globalnya di Berlin, Jerman, siri HUAWEI WATCH FIT 4 dan WATCH FIT 5 kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan reka bentuk anggun, penjejakan kesihatan lebih pintar, dan ciri kecergasan luar yang canggih.
Menurut Pengurus Kanan Pemasaran dan Perniagaan HUAWEI Malaysia CBG, Teoh Eu Jin siri baharu ini merangkumi dua model menarik iaitu HUAWEI Watch Fit 4 dan HUAWEI Watch Fit 4 Pro direka untuk memenuhi keperluan golongan aktif dan mementingkan gaya semasa.
“Kedua-dua model ini mengekalkan legasi WATCH FIT dan menawarkan peranti sangat nipis dan ringan dengan versi standard hanya seberat 27 gram dan ketebalan 9.5mm, manakala versi Pro dengan profil nipis 30.4 gram dan 9.3mm serta dilengkapi dengan wajah jam kaca nilam (sapphire glass), bingkai aloi titanium, dan badan aloi aluminium gred penerbangan untuk ketahanan.
“Versi Pro juga hadir dengan paparan ultra-cerah pada 3,000 nits kecerahan puncak yang masih kelihatan hebat di bawah sinar matahari terik Malaysia. Bayangkan anda mungkin sedang berlari pada waktu pagi, WATCH FIT 4 Series bakal kelihatan sangat sesuai dengan pakaian senaman atau pakaian hujung minggu anda.“Model Pro pula hadir dengan peta kontur, dan mod larian profesional, ideal untuk mereka yang meneroka kawasan baharu malah, permainan golf anda mendapat peningkatan pintar dengan HUAWEI WATCH FIT 4 Pro, yang dilengkapi dengan lebih daripada 15,000 padang golf global, pengukuran GPS waktu nyata, dan kad skor digital untuk mengikuti permainan anda semasa bermain,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Ciri khas pemantauan variabiliti kadar jantung (HRV) dapat membantu pengguna memantau keadaan emosi.
“Jam tangan ini juga mengumpul semua statistik penting anda ke dalam satu laporan yang jelas, seperti kadar jantung, tahap SpO₂, tahap tekanan, pola tidur, kebiasaan pernafasan, dan keadaan emosi.
“HUAWEI WATCH FIT 4 Siri dilengkapi dengan kemudahan pintar untuk kegunaan harian. Anda boleh membalas mesej WhatsApp secara langsung dari jam tangan dengan papan kekunci sepenuhnya. Anda juga boleh meninggalkan dompet anda kerana Huawei merupakan jenama pertama di Malaysia yang menyokong pembayaran TNG QR pada jam tangan pintar,” jelasnya lagi.

Siri HUAWEI Watch Fit 5 tersedia untuk pratempah dengan harga RM1,799.
Dalam perkembangan sama, HUAWEI juga mengumumkan pelancaran HUAWEI WATCH 5 dengan teknologi X-TAP berbilang deria canggih, revolusi kemampuan pemantauan kesihatan, interaksi isyarat yang intuitif, dan reka bentuk luar biasa.“HUAWEI WATCH 5 menampilkan reka bentuk ramping dalam dua saiz yang berbeza, HUAWEI WATCH 5 42mm dan HUAWEI WATCH 5 46mm. Kedua-dua model menggabungkan permukaan yang dipolek dan mahkota yang terperinci dengan halus, memberikan keseimbangan yang sempurna antara estetika dan fungsi.
“HUAWEI WATCH 5 hadir dengan tiga bahan tali, iaitu titanium, fluoroelastomer, dan bahan komposit. Tali komposit baru meniru tekstur kulit sambil bebas bau, kalis air, dan tahan noda. Tali kulit plain berteknologi tinggi tersedia dalam tekstur denim (beige) dan silk (purple), sesuai dengan pelbagai gaya fesyen,” ujarnya lagi.
Katanya, HUAWEI WATCH 5 yang dikuasai oleh X-TAP juga memiliki ciri pemantauan oksigen dalam darah di hujung jari (SpO2) memberikan hasil yang tepat kurang dari 10 saat dengan sensor di hujung jari meningkatkan kualiti pengesanan gelombang nadi dengan memanfaatkan pengedaran vaskular yang padat.
Siri HUAWEI WATCH FIT 4 kini tersedia untuk prapesanan di Malaysia bermula dari RM599 dan pelanggan awal dapat menikmati tawaran istimewa termasuk HUAWEI Scale 3 secara percuma dan keahlian Health+ selama tiga bulan manakala, HUAWEI WATCH 5 dari RM1,799.
Untuk maklumat lanjut, berita terkini atau promosi mengenai Huawei, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, halaman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami