IPOH: Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 daripada senarai 39 kopi terbaik dunia yang disenaraikan oleh laman web TasteAtlas.
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kedudukan senarai jenis kopi itu dilakukan berdasarkan penilaian penonton TasteAtlas.
Katanya, ia menggunakan satu siri mekanisme yang mengiktiraf pengguna sebenar dan mengabaikan penilaian bot, nasionalis atau patriotik tempatan.
"Menerusi laman web itu, Ipoh White Coffee disenaraikan sebagai salah satu produk kopi yang popular dalam kalangan masyarakat dunia.
"Minuman tersebut telah menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 Kopi Terbaik Di Dunia yang diterbitkan 15 Mac lalu.
"Kopi yang mendapat tempat pertama dalam senarai berkenaan adalah Espresso Freddo dari Greece yang menggabungkan espresso dan ais sehingga kopi itu menjadi sedikit sejuk dan berkrim," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Mesyuarat Penuh Majlis Bulan April, di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, pada Khamis.
Tambahnya, antara kopi lain yang tersenarai dalam kedudukan 10 teratas adalah Espresso Freddo (Greece), Café Cubano (Cuba), Indian Filter Coffee (India), Freddo Cappuccino (Greece), Café Bombon (Spain).
Cappuccino (Italy), Turkish Coffee (Turki), Ristretto (Itali) dan Frappe Coffee (Greece).
Senarai 30 Kopi Terbaik di Dunia itu mencatatkan sejumlah 3,878 penilaian, tetapi hanya 2,559 sahaja yang diiktiraf oleh sistem sebagai sah.
"TasteAtlas turut menyatakan tujuan senarai ini adalah untuk mempromosi makanan tempatan yang berkualiti, menyemai sifat bangga terhadap hidangan tradisional dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang hidangan yang anda belum cuba.
"Menerusi sumber dari Asian Inspiration, Ipoh White Coffee berasal dari Ipoh, Malaysia dan biji kopi berkenaan dipanggang dalam marjerin sebelum dikisar dan dibancuh untuk menghasilkan minuman kopi yang lebih lembut dan berkaramel," katanya lagi.
Rumaizi berkata, minuman itu biasanya akan diletakkan bersama susu pekat dan ditambah dengan buih ringan.
Bagaimanapun, menurut beliau, minuman itu tidak sama seperti white coffee lain iaitu merujuk kepada mana-mana kopi yang dihidangkan dengan tambahan susu atau krimer.
Aida Aziz
Fri Apr 26 2024
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 daripada senarai 39 kopi terbaik dunia yang disenaraikan oleh laman web TasteAtlas.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.