BARANG kemas ibarat simpanan kecemasan bagi seorang wanita kerana nilainya tak akan rugi jika dijual atau digadai pada waktu terdesak.
Namun bagi sesetengah wanita pula, memakai barang kemas ibarat memberi satu aura padanya.
Apa sekalipun pendapat, ia terpulang pada niat masing-masing. Ini kerana kecil atau besar jenis barang kemas yang dibeli itu, semuanya untuk keperluan masa depan.
Ada yang beranggapan jika simpan duit, lama-lama akan habis tapi bila beli emas, bolehlah dijadikan simpanan.
Malah bila dah berkahwin, seandainya diuji masalah kewangan, barang kemas ini juga boleh membantu. Sekurang-kurangnya boleh digadai dulu atau jual jika betul-betul terdesak.
Perkongsian seorang suami, Mohd Fadli Salleh mengenai kenapa pentingnya barang kemas pada wanita boleh dijadikan panduan.
"Aku tanya ma aku, 'Ma, kenapa orang perempuan minat betul dengan barang kemas ni?'
Ma senyum je dan jawab, 'Ada empat sebab utama orang perempuan minat dengan emas ni.'
1. Memang fitrah wanita minat dengan perhiasan. Makin bernilai perhiasan, makin mereka suka. Fitrah Allah jadikan orang perempuan memang begitu.
2. Mereka merancang ekonomi keluarga. Kadang-kadang, mereka sengaja minta suami belikan barang kemas untuk mereka.
Sedangkan jauh dalam lubuk hati mereka, mereka nak jaga ekonomi keluarga. Mereka nak jadikan simpanan dan pelaburan in case suami ada masalah kewangan, emas itulah jadi taruhan dan boleh digadaikan.
Mereka beli untuk jaga suami mereka dari membazir tempat lain dan bila ada masa sukar tiada apa boleh digadaikan.
Walau orang nampak seolah isteri beli untuk diri sendiri, sebenarnya salah. Mereka beli untuk suami.
3. Barang kemas ni buat wanita dan isteri rasa secure. Rasa selamat. Rasa terjamin sedikit masa depan mereka.
Maklumlah, suami ini hanya pinjaman. Jika tidak ‘dipanggil’ Tuhan, disondol orang.
Jika apa-apa berlaku pada suami, jika berlaku perpisahan, perceraian dan ditinggalkan, sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu untuk bermula. Untuk mereka teruskan kehidupan.
Ia jaminan dan cagaran yang sangat bernilai untuk wanita dan kaum isteri khususnya.
4. Dia tak nak suami dia kahwin lain. Kalau dah duit habis kat seorang isteri saja, tak ada duit dah laki dia dah kahwin lain.
Sebab tu budaya orang Arab, duit hantaran cukup tinggi sampai beratus ribu. Lelaki kena kerja sungguh-sungguh nak cari duit untuk kahwin. Dah kahwin seorang, duit dia habis. Nak kahwin lain letih pula nak cari duit lain.
Haaa, gituh!
Termenung panjang aku bila dengar penjelasan ma. Betul sungguh apa yang ma kata.
Kadang-kadang makhluk aneh yang bukan berasal dari bumi ini bijak merancang bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk keluarga."
Kredit: Mohd Fadli Salleh
*Artikel asal di Pa&Ma
Pa and Ma
Fri Sep 24 2021
Malah bila dah berkahwin, seandainya diuji masalah kewangan, barang kemas ini juga boleh membantu. Sekurang-kurangnya boleh digadai dulu atau jual jika betul-betul terdesak. -Gambar hiasan
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 November 2024.
Empat anggota polis direman, disyaki terlibat dalam kecurian barang kemas
Empat anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas milik seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di pakir sebuah kondominium di Setapak.
Wanita Kelantan derma rantai, gelang emas demi Palestin
Projek pertama kali dilancarkan itu menandakan kecaknaan rakyat Kelantan terhadap nasib rakyat Palestin yang merentas agama, kaum dan keturunan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes saman difailkan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL terhadapnya.
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas
Polis menahan dua lelaki berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.
Tiga rakan didakwa larikan barang kemas RM1.4 juta
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Rabu atas tuduhan melakukan rompakan barang kemas, menyebabkan kerugian RM1.4 juta, tiga minggu lalu.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Polis siasat kes samun barang kemas RM1.4 juta tular
Polis sedang menyiasat kejadian samun barang kemas dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, melibatkan kerugian kira-kira RM1.4 juta yang tular.