KUALA LUMPUR: Di sebalik kesibukan Jalan Pasar Pudu yang sinonim sebagai hab barangan elektrik dan barangan basah di tengah-tengah ibu kota, ia juga menjadi 'lubuk' peminat ikan hiasan pada harga jauh lebih murah termasuk spesies sukar dijumpai.
Kebanyakan harga ikan hiasan yang dijual di situ lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding lokasi lain sekali gus menjadikan Jalan Pasar Pudu terus menjadi tumpuan hingga ada peniaga ikan hiasan mampu bertahan selama empat dekad.
Ikan Betta Galaxy Koi misalnya, dijual pada harga antara RM50 hingga RM60 seekor di tempat lain, namun boleh diperoleh pada harga serendah RM15 hingga RM20 seekor sahaja, begitu juga dengan ikan emas kecil yang dijual pada harga RM4.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pelanggan yang melalui kawasan di situ tertarik dengan keunikan warna ikan hiasan yang diletakkan di dalam beberapa baldi di kaki lima kedai dan juga dalam bungkusan plastik yang ditandakan harga.
Antara ikan hiasan yang mendapat permintaan tinggi ialah pelbagai jenis ikan laga, ikan gupi, ikan molly, ikan air tawar seperti lampam dan tengas, koi, bayan, ikan emas dan kelisa.
Mewarisi daripada bapanya, Marcus Low, 31, berkata perniagaan ikan hiasan milik keluarganya itu yang bermula di tepi Jalan Pasar Pudu akhirnya memiliki kedai sendiri selama 40 tahun dan terus bertahan hingga ke hari ini.
"Kebanyakan peniaga di sini merupakan generasi kedua yang menyambung legasi perniagaan daripada ibu bapa mereka dan deretan kedai yang ada pula masih mengekalkan struktur kedai asal.
"Lokasi ini menjadi pilihan peminat ikan hiasan kerana boleh membuat perbandingan harga dengan kedai sekitar dan peniaga pula akan berlumba-lumba memberikan tawaran harga munasabah bagi meraih lebih ramai pelanggan," katanya kepada Bernama.
Pelanggan juga bebas melakukan aktiviti tawar-menawar dengan penjual selain boleh mendapatkan pelbagai aksesori peliharaan ikan seperti akuarium, penapis, pam dan makanan.
Biasanya, jumlah pelanggan akan bertambah dua kali ganda pada hari cuti umum dan hujung minggu berbanding hari biasa, kata pembantu kedai, Steven Chong, 47.
Menurut Chong bekalan ikan hiasan diperoleh daripada pembekal tempatan manakala aksesorinya diimport dari China.
"Di kedai ini terdapat puluhan spesies ikan hiasan dan pelanggan boleh mendapatkannya serendah RM1 hingga ribuan ringgit bergantung kepada spesies, kualiti, kecantikan dan saiz," katanya menambah premis berkenaan beroperasi bermula 8.30 pagi setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Jalan Pasar Pudu menjadi ‘lubuk’ peminat ikan hiasan pada harga jauh lebih murah termasuk spesies sukar dijumpai. --fotoBERNAMA
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman;
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
Jalan Pasar Pudu 'syurga' peminat ikan hiasan
Kebanyakan harga ikan hiasan yang dijual di situ lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding lokasi lain.