KUCHING: Nostalgia 95 tahun lalu kembali menjadi penghubung penduduk Sarawak khususnya di kawasan Satok dan Kubah Ria dengan terbinanya Jambatan Gantung Satok yang merentasi sungai Sarawak.
Ia bukan sahaja mengembalikan kenangan dan sentimen sejarah, namun bakal menjadi ikon baharu tarikan pelancongan di bandar raya Kuching.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jambatan tersebut mempunyai nilai sejarah tersendiri selepas ia dibina pada zaman pemerintahan Raja Putih Ketiga, Charles Vyner Brooke pada 1923.
“Dahulu selain menjadi medium penghubung untuk kegunaan rakyat menyeberangi sungai, ia turut digunakan untuk meletakkan paip bagi menyalurkan bekalan air ke Matang,” katanya pada majlis perasmian Jambatan Gantung Satok di Kubah Ria di sini pada Ahad.
Namun pada tahun 1992, jambatan itu terpaksa ditutup kepada laluan orang ramai atas faktor keselamatan sebelum ia runtuh susulan kabel penahannya putus.
Kata Abang Johari, infrastruktur itu akan terus menjadi tarikan baharu di bandar raya Kuching di samping transformasi kawasan tebingan sungai dari Kampung Sungai Bedil sehingga Kampung Tupong Ulu.
Sementara itu, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata rancangan pembinaan jambatan itu telah dibuat pada 2017.
Dimensi struktur binaan baharu itu adalah 213 meter panjang dengan lebar tiga meter yang berketinggian 22 meter.
Dibangunkan di tapak asal pada 18 September 2017, mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum dibuka kepada awam pada Ogos lalu.
Jambatan tersebut turut dinaik taraf dengan penambahan lampu LED mengaplikasikan sentuhan moden kepada mercu tanda bersejarah negeri Sarawak itu.
Untuk rekod, pembinaan semula jambatan ikonik tersebut merupakan salah satu daripada 109 inisiatif kerajaan Sarawak.
Shafik Ahmad
Sun Nov 21 2021
Jambatan tersebut turut dinaik taraf dengan penambahan lampu LED mengaplikasikan sentuhan moden kepada mercu tanda bersejarah negeri Sarawak itu. - Astro AWANI
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Tiada tolak ansur produk terbabit kempen boikot
Industri kelapa sawit adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan KPDN menjalankan penguatkuasaan terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen.
Mangsa di PPS SK Bukit Lintang dibenarkan pulang
300 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Kota Tinggi, Johor dibenarkan pulang.
Dua mangsa pesawat terhempas keluar Hospital Slim River
Dua mangsa pesawat ringan terhempas di Ladang Getah Upaya, Trolak, Perak dibawa keluar dari Hospital Slim River.
Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah tambah baik
Audit minyak masak paket bersubsidi dan senarai syarikat pembungkusan semula minyak masak bersubsidi yang terbabit dalam penyelewengan di peringkat akhir.
PM cadang satu pemimpin jaga satu kampung
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan setiap seorang pemimpin termasuk dirinya, menjaga satu kampung dalam mesyuarat bersama Jemaah Menteri pada Rabu.
Tambah keahlian Bersatu, perkukuh barisan hadapan - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri nanti.
Hanya dua hari! Jambatan Gantung Satok dibuka kepada umum sempena Tahun Baharu
Bermula pukul 6 pagi 31 Disember 2021 sehingga pukul 12 tengah malam pada 2 Januari 2022, Jambatan Gantung Satok dibuka kepada umum.
Jambatan Gantung Satok tarikan pelancongan baharu bandar raya Kuching
Ia bukan sahaja mengembalikan kenangan dan sentimen sejarah, namun bakal menjadi ikon baharu tarikan pelancongan di bandar raya Kuching.
Mayat wanita di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berjaya dikeluarkan
Mayat seorang wanita yang berada di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Gantung Satok di sini berjaya dibawa keluar tengah hari ini.