ALOR SETAR: Jumlah kes psikososial di tempat kerja yang dilaporkan masih kecil berikutan tahap kesedaran yang rendah, namun ia tidak seharusnya dipandang mudah.
Naib Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Manivanan Gowin berkata, stigma ‘orang gila’ sering dikaitkan dengan individu yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental ini.
Menurutnya, isu psikososial di tempat kerja merupakan isu global yang memberi impak besar terhadap produktiviti organisasi dan pembangunan modal insan, selain merupakan isu utama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan ia wajar diberi perhatian serius.
“Majikan sama ada sektor awam mahupun swasta disarankan agar meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di tempat kerja terutama dalam mengenal pasti simptom dan menyalurkan bantuan awal,” katanya.
Manivanan berkata, berdasarkan statistik Penyakit Pekerjaan Negara tahun 2022, hanya satu kes psikososial dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding penyakit pekerjaan lain seperti gangguan pendengaran sebanyak 5,478 kes.
Penyakit lain termasuk muskuloskeletal (678 kes), penyakit disebabkan ejen biologi seperti jangkitan kuman (420 kes), penyakit disebabkan ejen fizikal seperti terjatuh (339 kes), keracunan (185 kes), penyakit paru-paru (20 kes), penyakit kulit (15 kes) dan lain-lain penyakit (6 kes).
“Berdasarkan pengalaman saya, isu kesihatan mental sebenarnya melibatkan semua lapisan masyarakat dan perlu ditangani segera dengan sokongan semua pihak,” katanya.
Menurutnya, aktiviti sosial yang dijalankan secara gotong-royong di tempat kerja perlu digalakkan kerana ia mampu mengurangkan masalah berkaitan kesihatan mental selain membantu usaha kerajaan merapatkan hubungan antara kaum.
“Majikan atau persatuan pekerja wajar anjurkan program gotong-royong memasak bubur lambuk atau rumah terbuka Aidilfitri kerana ia mampu mengurangkan tekanan perasaan selain membolehkan pekerja memahami budaya dan menghormati agama rakan sekerja,” jelasnya.
Manivanan berkata, isu psikososial penting kerana masalah kesihatan mental yang membebani sebahagian masyarakat dipercayai antara penyumbang kedudukan Malaysia dalam senarai Laporan Kegembiraan Dunia 2024.
“Dalam laporan tersebut, Malaysia menduduki tangga ke-59 iaitu turun empat tangga berbanding tahun 2023. Singapura di kedudukan ke-30 sementara Filipina di tempat ke-53 dan Thailand (58).
“Oleh itu sokongan majikan amat penting bagi memastikan inisiatif diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk menangani isu tersebut menerusi NIOSH mencapai objektif,” jelasnya.
Pada 19 Februari lepas, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong melancarkan modul latihan baru NIOSH iaitu Pertolongan Cemas Kesihatan Mental Pekerjaan (OPFA) selain mengumumkan peruntukan RM12 juta untuk NIOSH melatih 10,000 peserta secara percuma.
Inisiatif itu diperkenalkan bagi melatih pekerja agar mampu memberi pertolongan awal untuk rakan sekerja yang mengalami tekanan psikologi di tempat kerja.
Manivanan memaklumkan, sehingga Mac, 10,100 orang telah mendaftar dan sesi kursus pertama bermula pada 14 Mac lepas melibatkan 1,977 peserta dari pelbagai latar belakang dan industri.
“NIOSH memerlukan sokongan berterusan agar kita dapat melatih lebih ramai pekerja menerusi modul yang dibangunkan bersama Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Negara di bawah Kementerian Kesihatan Mental,” ujarnya.
Menurutnya lagi, NIOSH terbuka untuk menerima pandangan dan input dari pelbagai pihak bagi menambah baik modul OPFA memandangkan ia merupakan yang pertama seumpamanya diperkenalkan di Malaysia.
“Saya akan gunakan pengalaman dan kemahiran yang ada bagi membantu NIOSH dan Kesuma memperkukuhkan perundangan berkaitan kesihatan mental di tempat kerja.
“Usaha ini mampu kita lakukan kerana NIOSH mempunyai hubungan baik dengan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kesihatan mental,” katanya.
Pada masa sama, katanya, NIOSH turut meningkatkan kemahiran kakitangannya termasuk memperkenalkan program pengurusan kerisauan dikenali sebagai Professional Anxiety Coach. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Individu yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental atau psikososial perlu dibantu. - Gambar hiasan
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Jangan pandang mudah kes psikososial di tempat kerja
Stigma 'orang gila' sering dikaitkan dengan individu yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental ini.