PUTRAJAYA: Sekiranya ada dalam kalangan kita yang berminat untuk menjadi ahli politik, namun, mempunyai hati yang selembut tisu, barangkali, anda patut lupakan niat dan hasrat itu.
Masakan tidak, bergelar ahli politik menuntut seseorang itu memiliki hati yang waja dan bersedia untuk menjadi mangsa kritikan, cercaan, adu domba atau sekalipun dibenci oleh rakyat.
Itu nasihat yang dititipkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sangat masak dengan sepak terajang permainan politik.
Nasihat beliau, orang politik punya pelbagai rupa dan karakter, demikian juga dengan penyokong yang boleh mengubah fikiran dan pandangan mereka mengikut suasana.
“Setelah saya mengambil bahagian dalam politik, saya dapati tidak ada seseorang atau idea yang akan disokong 100 peratus oleh semua orang. Apa yang kita lakukan, ada saja orang yang tidak bersetuju.
“(Contohnya) semua orang nak jambatan di Pulau Pinang, ada juga yang tak nak kerana kata mereka kalau ada (buat) jambatan (pakai) belanja banyak. Jadi, saya terima, okey you (kamu) tak bersetuju.
“(Dalam masa sama) saya fikir it’s good (adalah baik kalau ada jambatan untuk hubungan bahagian pulau dengan tanah besar di Pulau Pinang), saya buat juga dan akhirnya orang yang tidak bersetuju pun bersetuju juga dengan saya.
“Jadi, kita kena bersedia untuk dikritik. Orang politik tak boleh harap 100 peratus sokongan, tetap ada orang yang tak bersetuju,” kata Dr Mahathir.
Mantan Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Astro AWANI yang dikendalikan Editor Saharudin Musthafa dan wartawan Faye Kwan sempena ulang tahun kelahiran ke-97 beliau.
Mengakui sudah lali dengan segala jenis macam kritikan, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya oleh musuh politik, dalam masa sama negarawan itu bersyukur kerana beliau tidak pernah mengambil semua itu sebagai bebanan buat dirinya.
Disebabkan itu, Dr Mahathir berulang kali meminta mereka yang memfitnah dan mereka cerita agar membawa bukti sebagai menyokong tuduhn kononnya beliau sudah mengaut kekayaan melimpah ruah semasa menjadi Perdana Menteri - dakwaan yang dianggap beliau sebagai tidak berasas.
“Kadang-kadang ada orang yang buat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Kononnya, saya billionaire, mempunyai berbilion Ringgit di Switzerland, Taiwan. Apa bukti yang ada? Saya tak ada. Saya punya kehidupan sederhana dan rumah saya bukanlah macam mahligai, tapi orang masih kata saya kaya. Saya tak ada duit. Saya yang ada duit gaji, pencen saya,” buat kesekian kalinya Dr Mahathir menafikan dakwaan itu.
Di sebalik sisi tidak seronok akibat sering menjadi sasaran tuduhan dan dakwaan, Dr Mahathir tidak menafikan, sebilangan besar masa sebagai pemimpin yang dilaluinya menawarkan beliau banyak nikmat dan kegembiraan.
Contohnya, kata beliau, apabila sesuatu projek yang diilhamkan untuk negara berjaya direalisasikan dan menggembirakan banyak pihak.
Justeru, setiap kali berada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang, hati kecil Dr Mahathir sebetulnya sangat berbunga.
“Itu yang menggembirakan. Kita merasa senang, puas hati apabila sesuatu yang kita rancang menjadi kenyataan. Dulu tak ada jambatan Penang (Pulau Pinang) sampai mainland (tanah besar). Sekarang ada.
“Kita tahu keadaan dulu dengan keadaan sekarang. Saya pula berada (hidup) 80 tahun dahulu, saya tau keadaan Malaysia macam mana, miskin, tak ada kemudahan-kemudahan, tak ada jambatan pun (untuk) menyeberangi sungai.
“Sekarang ini kita ada highway (lebuh raya) dari Bukit Kayu Hitam sampai ke Johor. Itu satu kejayaan. Saya biasa dulu jalan bengkang-bengkok, nak pergi Penang (dari Alor Setar) mengambil masa dua jam, jalan tak elok tapi sekarang jalan terus sahaja.
“Jadi saya lebih sedar kemajuan yang dicapai daripada orang lain (generasi muda) pasal orang lain (selepas) dilahirkan, benda ini (kemudahan) sudah ada,” kata Dr Mahathir sambil merenung jauh, barangkali, fikirannya melayang terkenang pengalaman silam.
Astro Awani
Sun Jul 10 2022
Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) diwawancara oleh Saharudin Musthafa dan Faye Kwan sempena ulang tahun kelahiran ke-97 beliau.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tiada istilah 'me time' dalam diri Dr Mahathir
Masa yang ada harus diisi dengan bekerja dan berfikir, kata Tun M.
Kalau pilih jadi ahli politik, bersedialah untuk dikritik - Tun M
Kata Dr Mahathir, orang politik tidak boleh harap sokongan 100 peratus.
Tun M mudah bosan kalau tiada kerja
Dr Mahathir tidak pernah tolak permintaan pihak yang mahu bertemu dengannya termasuk pada hujung minggu.
Nikmat umur panjang kurniaan terbesar, kata Tun M yang berusia 97 tahun hari ini
"Banyak orang yang apabila tidur, tak bangun dah. Jadi, saya bersyukur."