awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Budaya tarikan baharu Terengganu

Bernama
Bernama
21/11/2019
22:12 MYT
Kampung Budaya tarikan baharu Terengganu
Ariffin (tiga, kiri) mendengar pengalaman yang diceritakan delegasi penggiat industri pelancongan dari Indonesia yang mengikuti program 'Aseanmeet Post Tour' di Terradala, Kuala Terengganu, 21 Nov, 2019. -- fotoBERNAMA
Industri pelancongan di negeri ini dijangka akan lebih rancak dengan kewujudan produk baharu, Kampung Budaya Terengganu, yang akan dibuka kepada orang ramai selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata Kampung Budaya Terengganu yang terletak berdekatan dengan Muzium Negeri itu mempunyai tujuh buah rumah yang setiap satunya mempunyai keunikan binaan yang tersendiri.
"Kampung budaya ini baharu sahaja diluluskan dalam mesyuarat exco semalam. Di Muzium Negeri ada rumah-rumah tradisional yang asalnya milik muzium tetapi sekarang kita akan asingkan.
"Ia berdekatan dengan beberapa lagi tarikan pelancongan di situ. Mereka (pelancong) boleh pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI), muzium dan terus ke kampung budaya," katanya kepada Bernama pada Khamis.
BACA: Perkampungan Cina Hainan pertahan adat resam, budaya
BACA: Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina
VIDEO: Kerajaan Terengganu rancang mengindahkan kawasan sekitar Drawbridge
Katanya sebanyak RM2 juta setahun akan diperuntukkan bagi pelaksanaan muzium tersebut termasuk kos sumber manusia, kelengkapan muzium, pertunjukan kebudayaan dan sebagainya.
"Cuma tahun ini kita telah memperuntukkan RM400,000 untuk persediaan kemudahan asas yang akan digunakan Januari nanti," katanya.
Katanya bayaran masuk akan dikenakan untuk pengunjung namun Ariffin memberi jaminan harganya lebih rendah berbanding perkampungan budaya yang terdapat di negeri-negeri lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ariffin Deraman
#Kampung Budaya
#Mesyuarat EXCO
#muzium
#pelancong
#pelancongan
#rumah tradisional
#tarikan pelancong
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan