Skip to main content

Sukan

Bekas jaguh boling padang negara Siti Zalina raih penghormatan di Sukan Komanwel Glasgow 2026

GLASGOW, July 22 -- National lawn bowls legend Siti Zalina Ahmad has been honoured by the Glasgow 2026 Commonwealth Games, with one of the four competition rinks at the Scottish Event Campus (SEC) Centre named after her.  The recognition marks the first time in Commonwealth Games history that all four competition rinks have been named in honour of legends of the sport.  Siti Zalina joins England’s David Bryant and Ellen Falkner, as well as Wales’ Robert Weale, in receiving the distinction.  --fotoBERNAMA (2
Satu daripada empat gelanggang pertandingan di Scottish Event Campus (SEC) Centre di Glasgow dinamakan sempena nama bekas jaguh boling padang negara, Siti Zalina Ahmad. - Foto Bernama
Advertisement

GLASGOW: Bekas jaguh boling padang negara, Siti Zalina Ahmad menerima penghormatan daripada penganjur Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila satu daripada empat gelanggang pertandingan di Scottish Event Campus (SEC) Centre di sini dinamakan sempena nama beliau.

Pengiktirafan itu merupakan kali pertama dalam sejarah Sukan Komanwel apabila kesemua empat gelanggang pertandingan dinamakan sempena atlet yang dianggap legenda dalam sukan boling padang. 

Selain Siti Zalina, tiga lain tokoh terkenal menerima penghormatan itu ialah David Bryant dan Ellen Falkner dari England serta Robert Weale dari Wales.

Inisiatif tersebut merupakan kerjasama antara Glasgow 2026 dan World Bowls, dengan setiap gelanggang pertandingan dinamakan sempena anggota World Bowls Hall of Fame sepanjang temasya berlangsung.

“Ini adalah satu pengiktirafan besar untuk beliau yang telah memenangi tiga pingat emas Sukan Komanwel,” ketua juruatih boling padang negara, Fairul Izwan Abd Muin ketika ditemui di sini.

Perintis boling padang antarabangsa Malaysia, Siti Zalina merupakan seorang daripada dua wanita memenangi dua pingat emas acara singles di Sukan Komanwel, selain turut meraih pingat emas dalam acara pairs dan pingat gangsa bagi acara fours. 

Bekas atlet kebangsaan berusia 47 tahun itu memenangi pingat emas pertamanya dalam acara singles pada Sukan Komanwel Manchester 2002 sebelum berjaya mempertahankan gelaran tersebut di Melbourne 2006.

Beliau kemudian menambah koleksi pingat emasnya dalam acara pairs di Gold Coast 2018.

Sukan Komanwel Glasgow 2026 akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos, dengan sukan boling padang antara yang menjadi “lubuk” pingat bagi Malaysia. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement