Skip to main content

Malaysia

Lokomotif Blue Tiger perkasa operasi Shuttle Selatan

JOHOR BAHRU, 22 Julai -- Familiarisation Trip Shuttle Selatan melibatkan laluan JB Sentral-Kulai-Kempas Baru-Pasir Gudang pada 19 hingga 20 Julai lepas apabila berpeluang melihat dari dekat aset yang pernah dipandu Sultan Ibrahim.  Setiap kali Shuttle Selatan meninggalkan stesen, tidak ramai menyedari lokomotif Kelas 26 atau Blue Tiger bernombor 26108 berkod Tanjung Kupang yang menarik tren itu pernah dipandu sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang juga memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berku
Familiarisation Trip Shuttle Selatan melibatkan laluan JB Sentral-Kulai-Kempas Baru-Pasir Gudang pada 19 hingga 20 Julai lepas apabila berpeluang melihat dari dekat aset yang pernah dipandu Sultan Ibrahim. - Foto Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Mungkin tidak ramai mengetahui, di sebalik perkhidmatan tren Shuttle Selatan di sini, ada sebuah lokomotif Kelas 26 atau Blue Tiger yang digunakan untuk menarik tren itu sebenarnya pernah dipandu oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Lokomotif bernombor 26108 dengan kod Tanjung Kupang itu mempunyai kedudukan istimewa kerana menjadi kepala kereta api kegemaran Sultan Ibrahim yang memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26.

Baginda juga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records pada 2010 sebagai sultan pertama di negara ini yang mempunyai lesen itu. 

Difahamkan Seri Paduka telah beberapa kali mengendalikan kepala kereta api itu  dalam pelbagai perjalanan rasmi, antaranya pada Oktober 2017 yang menyaksikan baginda berkenan memandu dari Kuala Lumpur ke Kluang sejauh 284 kilometer.

Sultan Ibrahim juga memandu lokomotif itu dalam Kembara Mahkota Johor ke Segamat pada November 2018 serta dari JB Sentral ke Kluang pada Julai 2020.

Image
JOHOR BAHRU, 22 Julai -- Familiarisation Trip Shuttle Selatan melibatkan laluan JB Sentral-Kulai-Kempas Baru-Pasir Gudang pada 19 hingga 20 Julai lepas, berpeluang melihat dari dekat aset yang pernah dipandu Sultan Ibrahim.  Setiap kali Shuttle Selatan meninggalkan stesen, tidak ramai menyedari lokomotif Kelas 26 atau Blue Tiger bernombor 26108 berkod Tanjung Kupang yang menarik tren itu pernah dipandu sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang juga memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tin
Lokomotif bernombor 26108 dengan kod Tanjung Kupang itu mempunyai kedudukan istimewa kerana menjadi kepala kereta api kegemaran Sultan Ibrahim yang memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26. - Foto Bernama

Bukan hanya memandu, Seri Paduka turut pernah melaksanakan prosedur “turntable” bagi memusingkan lokomotif seberat 120 tan di Stesen Gemas, Negeri Sembilan sebelum memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer, selama tiga hari.

Lokomotif Tanjung Kupang menjadi tarikan buat petugas media yang menyertai Familiarisation Trip Shuttle Selatan melibatkan laluan JB Sentral-Kulai-Kempas Baru-Pasir Gudang dari 19 hingga 20 Julai lepas apabila berpeluang melihat dari dekat aset KTMB yang pernah dipandu oleh Sultan Ibrahim.

Menurut jurucakap KTMB,  lokomotif itu masih digerakkan secara berkala bagi memastikan enjin dan sistem mekanikalnya sentiasa berada dalam keadaan baik. 

Lokomotif 26108 itu lazimnya digunakan kira-kira tiga kali seminggu bagi operasi kargo, ujian penyelenggaraan dan menarik perkhidmatan Shuttle Selatan.

Sejarah Blue Tiger dalam perkhidmatan KTMB bermula dengan ketibaan kumpulan pertama 20 unit yang diterima secara berperingkat mulai 2 Okt 2003, dan sejak itu menjadi antara tulang belakang operasi pengangkutan kargo syarikat, dengan setiap satu lokomotif dinamakan bersempena dengan nama tanjung di Malaysia.

Shuttle Selatan yang dilancarkan pada 16 Jun lepas merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan mobiliti rakyat di Johor melalui dua laluan utama, iaitu Kulai - JB Sentral - Kulai dan Kempas Baru - Pasir Gudang - Kempas Baru. 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini berkata perkhidmatan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di koridor Johor Bahru, Kulai dan Pasir Gudang yang merupakan antara kawasan pertumbuhan ekonomi paling dinamik di negara ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement