SATU replika kapal persiaran mewah Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.
Brynjar Karl Birgisson,15 tahun, dari Reykjavik, Iceland mempamerkan hasil karyanya itu di Muzium Titanic di Pigeon Forge, Tennessee, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan media tempatan, Birgisson mula membina replika itu ketika berusia 10 tahun menggunakan pelan tindakan (blueprint) yang dilukis bersama datuknya yang merupakanseorang jurutera elektrik.
Anak istimewa yang dikenali sebagai 'Lego Boy' itu berkata, dia mengambil masa selama 700 jam, iaitu lebih daripada 11 bulan, untuk menyiapkan replika itu sepenuhnya.
"Pengalaman ini membantu saya keluar dari golongan autisme dan saya telah berusaha sedaya upaya untuk melatih diri menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain.
"Pada saya, ia menjadi satu obsesi serta membuktikan kepada masyarakat bahawa kanak-kanak autistik juga mempunyai kelebihan kerana tidak semua orang mampu melengkapkannya menjadi sebuah kapal, menggunakan Lego.
"Saya juga menganggap, tiada yang mustahil jika kita percaya pada diri sendiri dan ada pelbagai cara untuk memberi sumbangan kepada negara," tambahnya.
Sementara itu, kenyataan muzium menyebut, rekaan itu adalah yang terbesar seumpamanya di dunia.
Menurutnya, pihaknya menerima sepucuk surat daripada ibu Birgisson, Ludviksdottir untuk memperkenalkan model yang direka oleh anaknya.
Anak istimewa itu dilaporkan telah membelanjakan sebanyak AS$8,100 (RM32,000) sumbangan daripada rakan-rakan dan keluarga.
"Terima kasih kepada keluarga kerana banyak memberi sokongan kepada saya walaupun selalunya kanak-kanak istimewa seperti saya dianggap menakutkan," kata Birgisson.
Kapal Titanic merupakan kapal persiaran mewah yang terbesar di dunia yang dilaporkan karam pada 14 April 1912 selepas merempuh apungan ais gergasi di Lautan Atlantik ketika melalui pelayaran sulungnya dan ditemui semula pada tahun 1985.
Agensi
Fri Apr 20 2018
Birgisson mempamerkan hasil karyanya itu di Muzium Titanic di Pigeon Forge, Tennessee, AS. - Foto www.cbc.ca
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Menteri Luar Negeri mengetengahkan pandangan Malaysia berhubung isu berkepentingan umat Islam seperti situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti masyarakat Islam dan kerjasama ekonomi.
Penjawat awam lebih banyak peluang beli rumah sejajar dengan kenaikan gaji - Rehda
Rehda percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
Latihan berkaitan AI, TVET harus ditingkatkan supaya negara tidak ketinggalan - PM Anwar
Semua pihak pelaksana terutamanya kementerian diminta memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan.
Penulis perlu mengoptimumkan platform media sosial
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Majlis Aidilfitri bersama penulis di rumah GAPENA, di Bukit Petaling.
Dakwaan Subsidi: Walaupun ada perbincangan awal, tapi belum ada keputusan muktamad - PM
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
[TERKINI] Bapa dan dua anak lemas di sungai
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Jalan Genting Lama Batang Kali.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.