awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 7 tahun ke atas dicaj harga tiket dewasa, KTM 'dihentam' pengguna

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/12/2015
10:04 MYT
Kanak-kanak 7 tahun ke atas dicaj harga tiket dewasa, KTM 'dihentam' pengguna
Kadar tambang tren di negara lain diletakkan berbeza mengikut usia, namun kebanyakannya mengklasifikasikan 7 tahun sebagai kanak-kanak.
Kurang 24 jam selepas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membuat ucapan berbaur amarah berkenaan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pengguna, lain pula ceritanya di luar Pusat Dagangan Dunia Putra.
Hari ini, syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat pengumuman terbaru berkenaan harga tiket menerusi akaun Twitter mereka.
KTMB mengumumkan harga tiket komuter bagi kanak-kanak 7 tahun ke atas adalah sama dengan harga tiket dewasa berkuatkuasa pada 2 Disember lalu.
Berkuatkuasa 2.Dis.2015,syarat baru tiket komuter untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah adalah Percuma.Usia 2-6 tahun diskaun 50%.
— KTMB 1300 88 5862 (@ktmkomuter) December 9, 2015
Harga tiket komuter bagi kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas di caj harga tambang tiket dewasa.Harap maklum.Terima kasih.
— KTMB 1300 88 5862 (@ktmkomuter) December 9, 2015
Struktur tambang baru adalah berdasarkan kpd kelulusan SPAD dan dipersetujui oleh kabinet Malaysia.
— KTMB 1300 88 5862 (@ktmkomuter) December 9, 2015
Selang satu jam setelah tweet tersebut mendapat reaksi negatif masyarakat, KTMB memuat naik tweet terbaru berkenaan diskaun 50% yang akan diberikan kepada pelajar sekolah yang mengenakan pakaian seragam serta tweet berkenaan diakhiri dengan emotikon "smiley".
Diskaun 50% diberikan kepada pelajar sekolah rendah, dan menengah. Syarat kelayakan, memakai uniform sekolah, ko- kurikulum atau asrama. /p>— KTMB 1300 88 5862 (@ktmkomuter) December 9, 2015
Seperti yang dijangka, pelaksanaan harga tiket sedemikian mendapat kritikan pengguna dan masyarakat.
Ramai yang tidak faham apa sebenarnya yang cuba dilakukan KTMB apabila melaksanakan langkah sebegitu.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan apakah rasional di sebalik pengklasifikasian usia 7 tahun sebagai usia dewasa.
@ktmkomuter kenapa susah susah. Classify je semua budak including baby and fetus as dewasa so you can charge them all to the max.
— Dian (@pandamegusta) December 9, 2015
@ktmkomuter 7 tahun ke atas tu dewasa ?? Nah ini peringkat umur menurut Ibnu Al-Jawzy pic.twitter.com/RG1k1lC4LB
— Nana Nazeri (@NanaNazeri) December 9, 2015
@ktmkomuter bagus2. nti rules merokok msuk clubbing pun ikot gini gak. 7 tahun kira dewasa cincai
— Legen.watforit.dary(@_KaiAzmier) December 9, 2015
@ktmkomuter charge double ibu mengandung, abang ktm!
— Izzat Idris (@izztsyfq) December 9, 2015
@ktmkomuter ko punya coach dah la slow. Tak punctual. Kotor. Such a disgrace to the nation.
— liyana vanwijhei (@liiiiaanaa) December 9, 2015
@ktmkomuter 8 tahun dewasa boleh kerja apa? Dol kau buat undang kapitalis ka pa?
— Ejump (@enchikzam) December 9, 2015
@ktmkomuter please consider umo 25 as warga emas..
— peah bkn nama sbnar (@cindytakrella) December 9, 2015
Jika dilihat di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Amerika Syarikat, kadar tambang tren Metro atau Subway berbeza mengikut usia.
Menariknya, kesemua negara tersebut meletakkan klasifikasi usia 12 tahun dan ke bawah sebagai kanak-kanak.
Public transport fares
Public transport fares
Contoh tambang Metro di Los Angeles.
Public transport fares
Public transport fares
Contoh tambang subway di Glasgow.
Public transport fares
Public transport fares
Pengklasifikasian usia untuk kadar tambang tren dan bas Metro di Tokyo.
Public transport fares
Public transport fares
Tambang Metro di Tokyo.
Topic Berkaitan
#KTMB
#Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad
#tambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan