awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Keadaan di dalam Pusat Kuarantin. Menakutkan ke?"

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/01/2021
03:00 MYT
"Keadaan di dalam Pusat Kuarantin. Menakutkan ke?"
Afifie memaklumkan dia mula ditempatkan di Pusat Kuarantin berkenaan pada 7 Januari lalu. -Twitter Afifie Chan
SEJAK beberapa hari lalu, pelbagai versi cerita tersebar berhubung keadaan pusat kuarantin termasuk di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang didakwa telah penuh dan tidak selesa.
Semalam, seorang individu mendakwa dia tidak dibekalkan dengan selimut atau bantal, selain lampu dipasang sepanjang malam sehingga menyukarkan untuk dia melelapkan mata.
Terbaharu, satu rakaman di Pusat Kuarantin MAEPS turut tersebar, namun kali ini menceritakan sisi yang berbeza.
Kemas kini yang dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama Afifie Chan (@AfifieChan), memaklumkan dia mula ditempatkan di Pusat Kuarantin berkenaan pada 7 Januari lalu.
The condition inside the centre. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa and bersih. Tengok la sendiri. Yang gantung2 kain putih kat katil tu sebab lampu on 24 jam. So silau. Haha pic.twitter.com/YFIM92xzAw
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Pada awal bebenang, Afifie memuat naik rakaman video berdurasi 15 saat memaparkan keadaan di dalam Pusat Kuarantin tersebut, dengan menyifatkan ia begitu selesa dan bersih.
"Keadaan di dalam (Pusat Kuarantin). Menakutkan ke? Tidak pun. Selesa dan bersih, tengok la sendiri. Yang gantung-gantung kain putih di katil itu sebab lampu (dipasang) 24 jam. Jadi silau," demikian tulisnya dalam entri tersebut, pada Sabtu.
Selain keadaan Pusat Kuarantin yang selesa, Afifie berkata kemudahan asas termasuk tandas turut disediakan, di mana sebanyak enam tandas ditempat di dalam dewan berkenaan.
Jelasnya, setakat ini dia tidak perlu beratur untuk menggunakan kemudahan tersebut dan ia berada dalam keadaan baik.
Condition inside one of the toilet cubicle. Clean and well maintained. Selesa nak buat business and mandi. Jangan la expect cam tandas kat hotel. pic.twitter.com/mGYz1naQcq
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Katanya lagi, mereka yang dikuarantin diberikan makanan tiga kali sehari, selain keadaan di dalam dewan berkenaan sejuk kerana ia berdingin hawa.
"Ada kaunter yang buka 24 jam dan doktor sentiasa dalam keadaan 'standby'. Mereka yang yang mempunyai simptom ketika dimasukkan (ke Pusat Kuarantin) akan dipanggil untuk 'check up' dan mereka juga akan diperiksa dari masa ke masa," tulisnya di ruangan komen.
Dalam perkembangan sama, Afifie turut memaklumkan bahawa warganegara Malaysia dan warga asing ditempatkan di dewan yang berasingan.
Berdasarkan pengetahuannya, Afifie berkata tujuan tersebut dibuat bagi memudahkan urusan pendaftaran, pemerhatian dan pengumuman yang dibuat oleh petugas barisan hadapan.
Menerusi entri sama, Afifie turut memuji gelagat seorang jururawat yang sedang membuat pengumuman, yang disifatkan mencuit hati.
Nurse yang buat announcement ni sangat sempoi dan suntik sedikit keceriaan dalam dewan. Lawak giler. Syima patut dinaikkan pangkat! pic.twitter.com/C4m8yrcW5u
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Setakat ini, kemas kini tersebut mendapat ulang tweet lebih 6,600 daripada pengguna Twitter.
Here is a thread of Q&A on my Instagram about my quarantine experience in MAEPS, Serdang starting from 7th January 2021. Hope to spread some positivity and show the real situation. pic.twitter.com/cfbVdrt2D3
— Afifie Chan (@AfifieChan) January 8, 2021
Pada 9 Disember lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
MAEPS kali pertama diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April dan ditutup 15 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Twitter
#pusat kuarantin
#Maeps
#Afifie Chan
#Pusat Kuarantin penuh
#COVID-19
#PKPP
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan