KUALA LUMPUR: KEHIDUPAN mewah dan kerjaya yang glamor dipercayai antara penyebab ramai anak muda, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terpukau dengan karier sebagai pempengaruh sehingga sanggup mengetepikan pendidikan di peringkat lebih tinggi.
Hakikatnya, kerjaya itu yang kebelakangan ini dilihat menjadi dambaan ramai remaja belasan tahun, belum tentu dapat menjamin masa depan mereka. Pada masa sama, keputusan golongan pelapis modal insan ini boleh mendatangkan risiko kekurangan tenaga kerja mahir dan profesional kepada negara.
Bernama dalam artikel pertama isu ini, mendedahkan hanya 51 peratus daripada 1,000 responden lepasan SPM berusia 18 hingga 20 tahun mahu melanjutkan pelajaran, sementara 39 peratus memilih untuk bekerja dan baki 10 peratus langsung tiada perancangan.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian Universiti UCSI pada Mac lepas itu mendapati mereka yang tidak melanjutkan pelajaran memilih menjadi influencer atau pempengaruh dan affiliate (rakan sekutu) media sosial (34 peratus), ekonomi gig seperti e-panggilan (26 peratus), memulakan perniagaan (22 peratus) dan baki lapan peratus lagi tidak ada sebarang perancangan tentang masa depan mereka.
BUKAN KERJAYA MUDAH
Menurut pempengaruh popular di TikTok, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shahrudin, 27, menjadi pempengaruh sepenuh masa bukan satu kerjaya yang boleh dirancang pada usia muda.
Beliau yang telah hampir tiga tahun bergelar "TikToker" dan kini turut menceburi dunia seni tanah air sebagai pelawak, berkata remaja, khususnya lepasan SPM yang ingin menyertai bidang itu, tidak harus melakukannya secara terburu-buru.
"Walaupun kita tahu hala tuju kita, jangan buat keputusan secara terburu-buru. Sebaliknya perlu ada perancangan dan strategi.
"Saya sebelum ini merupakan seorang guru, tetapi pada masa sama turut membuat kerja-kerja sebagai influencer. Selepas kukuh mencipta nama dalam kerjaya itu barulah saya membuat keputusan mengubah kerjaya dengan menjadi influencer sepenuh masa," katanya.
Mengulas mengenai isu ini, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Zainal Madon berkata menjadi pempengaruh adalah kerjaya yang memenuhi kehendak jiwa anak muda yang inginkan glamor, kemasyhuran dan memperoleh pendapatan lumayan dengan mudah dan pantas.
Tidak dapat disangkal, gaya hidup yang ditonjolkan oleh pempengaruh menerusi akaun media sosial mereka merupakan antara faktor lepasan SPM terbabit ingin menceburi bidang itu.
"Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi mula dianggap sebagai perkara biasa oleh sebilangan pelajar selain ada yang melihat lulus universiti bukan jaminan mendapat pekerjaan yang baik. Ini antara faktor ramai lepasan SPM khususnya, tidak mahu meneruskan pengajian ke menara gading," ulas beliau.
FAKTOR "3P"
Dalam pada itu, pakar psikiatri dan Ketua Jabatan Psikiatri, Hospital Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Mohd Azhar Mohd Yasin merumuskan faktor yang menyumbang kepada keengganan lepasan SPM menyambung pendidikan sebagai 3P (Pelajar, Pelajaran dan Persekitaran).
"Dari segi pelajar, selalunya disebabkan diri sendiri. Kita tahu sekarang ini ada pelajar dari awal lagi tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding permainan dalam talian dan telefon pintar.
"Kedua, pelajaran. Proses pembelajaran itu sendiri mungkin bagi mereka (lepasan SPM) bukan satu proses yang menyeronokkan selain menyedari lulus SPM ataupun universiti tidak menjamin mereka mendapat pekerjaan yang setimpal.
"Sebab ketiga persekitaran, iaitu apabila banyak peluang pekerjaan seperti e-panggilan, pempengaruh yang digambarkan sebagai menjana pendapatan yang banyak, membuatkan mereka terpengaruh untuk turut menyertai bidang tersebut," katanya.
Pandangan serupa turut dikongsikan oleh pakar psikologi daripada Universiti SEGi, Prof Dr Datin Mariani Md Nor yang berkata kerana inginkan "hasil" yang lebih cepat, anak muda lepasan SPM cenderung memilih pekerjaan sedemikian.
"Dalam keadaan dunia sekarang, kita lebih kepada keadaan yang serba mudah. Contohnya, dalam bidang pekerjaan biasa, seseorang perlu mengikuti proses pembelajaran selama tiga hingga empat tahun bagi mendapatkan kelayakan yang seterusnya membantu mereka menjawat jawatan lebih tinggi dan gaji lebih lumayan.
"Namun, ketika ini mereka melihat tanpa pendidikan tinggipun sudah mampu meraih pendapatan dan ganjaran yang tinggi," katanya.
SOKONG MEREKA
Walau bagaimanapun, lepasan SPM terbabit mungkin akan menyambung pendidikan mereka sekiranya kerjaya sebagai pempengaruh atau dalam sektor e-panggilan kurang berjaya, kata Mariani.
"Ibu bapa memainkan peranan sangat penting memotivasikan anak mereka, sama ada untuk meneruskan pengajian tinggi atau memastikan anak mereka terus mendapat perkara yang diperlukan.
"Memang ibu bapa tidak boleh membuat perancangan untuk anak-anak tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat memainkan peranan penting bagi memastikan anak mereka berjaya dalam kehidupan," katanya.
Dalam pada itu, pegawai psikologi di Pusat Pembangunan Karier, Universiti Kebangsaan Malaysia -Karier (UKM-Karier), Alyaa Insyirah Huzili berpandangan tidak salah golongan berkenaan memilih kerjaya sebagai pempengaruh atau e-panggilan, namun perlu diberikan bimbingan oleh mentor yang telah berjaya.
"Pelajar tersebut perlu dibantu sekiranya dia mahu menjadi 'influencer' dengan bantuan mentor. Ini penting kerana mentor dapat membantu mereka mencari hala tuju dan merancang kerjaya tersebut dengan lebih jelas.
"Mungkin tidak selamanya mereka akan menjadi influencer atau e-panggilan, namun sekiranya mereka dibantu membina jaringan kerja, golongan ini boleh mencari pekerjaan lain yang lebih kukuh dari segi ekonomi," katanya.
BANTU KELUARGA
Bagi lepasan SPM Ariff Farhan Zulkarnain, 18, yang kini bekerja sebagai penghantar makanan, dia memutuskan untuk bekerja kerana ingin membantu abangnya menyara keluarga mereka.
Anak kedua daripada lima beradik itu berkata dia harus berkongsi tanggungjawab dengan abangnya bagi menyara keluarga selepas ayah mereka tidak lagi mampu bekerja kerana sakit tua.
"Penat memang penat, tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu sekarang, tetapi saya buat perkara ini (bekerja hantar makanan) untuk keluarga," katanya.
Ariff Farhan turut berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan pada umur 16 tahun dengan menyewa akaun penghantar makanan daripada pelajar lebih tua di sekolahnya.
"Secara 'halal' (sebagai penghantar makanan), saya baru lagi... tidak sampai sebulan. Selepas habis kertas terakhir peperiksaan SPM, saya terus mohon jadi penghantar makanan. Sebelum ini, saya pernah juga menghantar makanan ketika masih belajar dengan menggunakan akaun 'senior'...dia ambil (sewa) dalam RM30 sehari," katanya.
Seorang lagi lepasan SPM, Muhammad Adam Danial Mohd Zamrie, 18, tidak bersetuju dengan pandangan rakan sebaya yang memilih menjadi pempengaruh berbanding menyambung pendidikan.
"Terdapat kebarangkalian mereka tidak berjaya meraih populariti yang diinginkan, selain mereka perlu ada rupa menawan dan berbakat. Oleh itu, lebih baik untuk mereka mengejar pelajaran dahulu," katanya.
Pandangannya turut disokong oleh Norshuhada Zainol Abidin, 18, yang kini bekerja secara sementara di sebuah kilang selepas menamatkan peperiksaan SPM baru-baru ini.
"Pelajaran sangat penting kerana dapat menjadikan seseorang itu berilmu, mempunyai akhlak terpuji dan matang dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
"Setakat ini belum ada rakan-rakan saya yang ingin menjadi influencer, mungkin disebabkan oleh kepakaran guru-guru dalam mendidik dan memaklumkan tentang kepentingan menyambung pelajaran. Jadi, saya dan rakan-rakan merancang memohon ke institusi tertentu untuk melanjutkan pelajaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
Tidak dinafikan, gaya hidup yang ditonjolkan pempengaruh menerusi akaun media sosial mereka merupakan antara faktor lepasan SPM ingin menceburi bidang itu. - Gambar hiasan/Freepik
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan Kelantan zahir terima kasih kepada semua pihak terlibat bantu mangsa banjir
Rata-rata mereka yang datang membantu terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, pempengaruh dan tokoh usahawan yang memberi bantuan dalam pelbagai aspek.
Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Pempengaruh anak yatim raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM
Emina berkata walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, dia masih menjadikan media sosial sebagai pilihan kedua dalam karier hidupnya.
Salah guna wang infak: Pempengaruh Aliff Teega kekal pengakuan tidak bersalah
Pempengaruh Alif Teega mengekalkan pengakuan tidak bersalah di atas dua pertuduhan menyalah guna lebih RM60,000 wang yang diperoleh daripada kutipan program infak.
Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.
Negara perlu lebih ramai tokoh 'influencer' berilmu - Zulkifli
Bekas Presiden ABIM Prof Datuk Siddiq Fadzil pernah berkata, negara mengalami satu fenomena kebanjiran selebriti dan kemarau tokoh.
Suspek kedua disyaki buli, ugut Esha di TikTok direman 4 hari
Suspek lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang semalam di sekitar Setapak.
Pempengaruh suami isteri akan direman kes seleweng duit derma
Lelaki itu dan isterinya kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media, ketika dibawa ke mahkamah.
Tipu duit derma: SPRM akan mohon perintah reman terhadap pasangan pempengaruh
Permohonan reman terhadap pasangan yang telah ditahan itu akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya esok pagi.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.