awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekal lazat, lebih sihat: Perjalanan Ajinomoto (Malaysia) Berhad bersama rakyat

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
20/01/2026
03:00 MYT
Kekal lazat, lebih sihat: Perjalanan Ajinomoto (Malaysia) Berhad bersama rakyat
Kilang baharu AMB di Bandar Enstek Halal Hub dibuka untuk lawatan orang ramai. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
KUALA LUMPUR: Di Malaysia, makanan lebih daripada sekadar keperluan asas. Ia menjadi pengikat hubungan, simbol budaya dan cerminan identiti masyarakat berbilang kaum.

Ringkasan AI
  • Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah lama menjadi sebahagian daripada budaya makanan Malaysia, membina kepercayaan kukuh sejak menjadi syarikat Jepun pertama mendapat pensijilan Halal pada 1965 dan kini diiktiraf di 36 negara.
  • Berteraskan falsafah 'Makan Sihat, Hidup Sihat' dan kepakaran AminoScience, AMB memperkenalkan inovasi seperti konsep Smart Salt serta program hidangan seimbang bagi menyokong gaya hidup lebih sihat.
  • AMB menyokong kesejahteraan jangka panjang melalui inisiatif kelestarian, pendidikan STEM, sokongan atlet, program komuniti dan sasaran global Visi 2030 untuk kesihatan manusia serta alam sekitar.

Daripada hidangan panas di meja makan keluarga, perbualan santai di kedai mamak, sehinggalah cubaan resipi baharu di dapur pada hujung minggu, makanan sentiasa menjadi medium yang menyatukan rakyat Malaysia.
Dalam landskap kulinari yang menjadikan rasa sebagai tunjang identiti nasional, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat.
Selama beberapa dekad, syarikat ini berkembang seiring perubahan gaya hidup masyarakat, dengan pemahaman mendalam terhadap budaya dan cita rasa tempatan.
Berteraskan falsafah berterusan “Makan Sihat, Hidup Sihat”, AMB komited mempromosikan gaya hidup seimbang tanpa menjejaskan keenakan hidangan yang digemari.
Sejak penubuhannya, AMB bukan sahaja memperkenalkan pelbagai produk inovatif, malah menetapkan penanda aras tinggi dalam industri makanan Halal.
Sejarah syarikat ini mencatat pencapaian penting apabila AMB menjadi syarikat Jepun pertama memperoleh pensijilan Halal pada tahun 1965.
Komitmen berterusan terhadap piawaian ini telah membina asas kepercayaan yang kukuh dalam kalangan pengguna dan rakan perniagaan di Malaysia.
Selama bertahun-tahun, kepakaran Halal AMB berkembang dengan kehadiran serantau yang kukuh di 36 negara. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
Selama bertahun-tahun, kepakaran Halal AMB berkembang dengan kehadiran serantau yang kukuh di 36 negara. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
Kepercayaan yang dibina di peringkat tempatan ini turut berkembang ke peringkat antarabangsa. Selama bertahun-tahun, kepakaran Halal AMB diperluaskan dengan kehadiran kukuh di 36 negara, khususnya di Asia Barat, hasil lebih 40 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian makanan Halal yang diyakini.
Visi AMB, “Membawa Kebahagiaan dengan Cita Rasa yang Menyatukan, Menginspirasi Kreativiti Makanan dalam Kehidupan Anda.”, diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif yang menjadikan aktiviti memasak lebih mudah, menyeronokkan dan menyihatkan.
Berbekalkan kepakaran global Kumpulan Ajinomoto dalam AminoScience, AMB membangunkan produk yang bukan sahaja meningkatkan kelazatan, malah menyokong amalan pemakanan yang lebih sihat.
Inisiatif seperti pendedahan konsep Smart Salt melalui Penambah Perasa AJI-NO-MOTO®️, serta program hidangan seimbang, membolehkan rakyat Malaysia menikmati makanan lazat dengan pendekatan nutrisi yang lebih baik.
Selain pasaran tempatan, AMB turut dikenali sebagai penyedia penyelesaian makanan Halal yang dipercayai di peringkat antarabangsa dengan pematuhan ketat terhadap piawaian Halal serta kefahaman mendalam terhadap budaya makanan tempatan dan serantau sekali gus menjadikan syarikat ini mampu menawarkan penyelesaian praktikal, relevan dan fleksibel.
Pendekatan ini juga menyokong perniagaan makanan serta rakan kongsi di seluruh rantau, sambil menghormati tradisi dan memenuhi keperluan pemakanan moden.
Usaha tersebut selari dengan Visi 2030 Kumpulan Ajinomoto yang mensasarkan pengurangan impak alam sekitar sebanyak 50 peratus serta pemanjangan jangka hayat sihat bagi satu bilion penduduk di seluruh dunia.
AMB komited memacu pembangunan mampan di Malaysia melalui perniagaan yang berteraskan kelestarian. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB komited memacu pembangunan mampan di Malaysia melalui perniagaan yang berteraskan kelestarian. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
Di Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat semakin meningkat, namun masih ramai mencari pendekatan praktikal yang tidak menjejaskan budaya makanan tradisional.
AMB menyokong aspirasi ini melalui penambahbaikan nutrisi produk, perkongsian ilmu memasak, panduan nutrisi sukan serta pelaksanaan program komuniti yang menggalakkan tabiat pemakanan lebih sihat.
Kesihatan dan kesejahteraan merupakan teras utama pendekatan kelestarian AMB. Melalui inisiatif seperti Projek Smart Salt, Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji®️, kerjasama bersama atlet kebangsaan menerusi The Ajinomoto Malaysia VICTORY PROJECT, serta program pendidikan melalui Kerjasama Science Castle, komitmen ini diterjemahkan secara praktikal dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Dengan menggalakkan pengurangan pengambilan garam secara bijak dan amalan pemakanan lebih seimbang, AMB memperkasa komuniti untuk membuat pilihan kecil yang memberi kesan positif jangka panjang.
AMB berhasrat menggalakkan pendidikan STEM dengan memupuk pendidikan berasaskan sains dan inovasi dalam kalangan penyelidik muda masa depan. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB berhasrat menggalakkan pendidikan STEM dengan memupuk pendidikan berasaskan sains dan inovasi dalam kalangan penyelidik muda masa depan. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB bekerjasama dengan lapan atlet kebangsaan dalam persiapan menghadapi Sukan Asia Tenggara ke-33 (SEA Games). – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB bekerjasama dengan lapan atlet kebangsaan dalam persiapan menghadapi Sukan Asia Tenggara ke-33 (SEA Games). – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB mempromosikan kesihatan yang baik melalui kempen Bersahur Bersama Seri-Aji®️ dengan mengumpul dana bagi menyokong keluarga yang memerlukan. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
AMB mempromosikan kesihatan yang baik melalui kempen Bersahur Bersama Seri-Aji®️ dengan mengumpul dana bagi menyokong keluarga yang memerlukan. – Foto Ajinomoto Malaysia Bhd
Penglibatan komuniti terus menjadi keutamaan AMB. Sokongan berterusan diberikan melalui program sekolah, inisiatif bantuan makanan, bengkel pembangunan kemahiran serta kerjasama jangka panjang bersama komuniti setempat.
Pendekatan ini mencerminkan semangat muhibah rakyat Malaysia dan memperkasa kepercayaan bahawa kesejahteraan menjadi lebih bermakna apabila dikongsi bersama.
Melalui produk bersijil Halal, penyelesaian inovatif dan inisiatif pendidikan, AMB terus menggalakkan rakyat Malaysia membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat setiap hari.
Hakikatnya, gaya hidup sihat tidak perlu rumit, ia bermula dengan menikmati hidangan kegemaran sambil membuat keputusan bijak demi kesejahteraan jangka panjang.
Berteraskan AminoScience, AMB kekal komited menyumbang kepada kesejahteraan manusia, masyarakat dan planet dengan menyediakan hidangan yang lazat, berkhasiat serta diyakini Halal untuk Malaysia dan rantau ini.
Hidup yang baik bermula dengan pemakanan yang baik.
Topic Berkaitan
#Ajinomoto Malaysia Berhad
#Makan Sihat Hidup Sihat
#Halal
#bahan masakan
#AminoScience
#inovatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan