awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keringkam Sarawak curi perhatian pada Istiadat Angkat Sumpah

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
10/03/2020
09:02 MYT
Keringkam Sarawak curi perhatian pada Istiadat Angkat Sumpah
Hanifah mengenakan sepersalinan baju Baban Bunga Bertabur lengkap dengan rantai Papen dan songket tenun Sarawak. - Gambar Astro AWANI
Hari ini kesemua 31 menteri Kabinet dan 38 timbalan menteri baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya.
Antara yang mencuri tumpuan pastinya persalinan yang dikenakan Timbalan Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib.
Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah tampil mengenakan selendang Keringkam tradisional Sarawak berwarna merah diserikan dengan sepersalinan baju tradisional etnik Melanau berwarna hitam dengan songket berwarna merah.
Menurut pereka fesyen yang menyediakan persalinan tersebut, Abdul Latip Mohti, Hanifah mengenakan sepersalinan baju Baban Bunga Bertabur lengkap dengan rantai Papen dan songket tenun Sarawak.
“Yang Berhormat memang bangga mengenakan pakaian tradisional Melanau dan mahu elemen-elemen tradisional ini terus dikenali masyarakat luar Sarawak,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Mukah
#Baban Bunga Bertabur
#Datuk Hanifah Hajar Taib
#Kabinet Persekutuan
#Keringkam
#Melanau
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan