"BUKU HIDUPNYA" sudah padat dengan konflik keganasan jenayah terancang dan sejarah hitam dadah sejak berusia 16 tahun.
Manakala 30 tahun menjadi artis "buku popularnya" terconteng pelbagai kontroversi.
Mohd Zaki Mansor atau To'ki menjadi bintang "irama nusantara" yang dicurigai dan dibenci.
Sejak tahun 2000, media massa memberikan gambaran buruk terhadap penyanyi ini. "Buku beritanya" dipenuhi pelbagai siri laporan "buku hitam".
Itu realiti selama dua dekad mengenai "buku hidup" anak kelahiran Changlun, Kedah ini.
Akhirnya, selepas dua dekad dalam kegelapan, To'ki muncul dan menjawab mengenai "buku dirinya" tanpa berselindung.
"Ya, saya menyertai kongsi gelap sejak berusia 16 tahun. Ya, saya terbabit dengan dadah sejak remaja."
Video pengakuan itu ditonton lebih 65 ribu kali dalam tempoh 24 jam selepas program Temubual Garasi.
Manakala sesi siaran langsung secara eksklusif selama 2 jam yang disiarkan melalui Facebook Garasi TV mencapai rating 2,000 tontonan serentak.
To'ki muncul bercerita tanpa rahsia mengenai dirinya dan jenayah terancang serta pembabitannya dengan dadah.
"Sekarang itu semua sudah jadi sejarah. Saya sudah membersihkan diri daripada jenayah dan kini melalui rawatan klinikal setelah berhenti dadah," katanya.
To'ki mengumumkan dirinya akan kembali aktif sebagai komposer dan penyanyi.
Kali ini dengan "buku perjuangan" baru menyentuh isu nasib 10 juta umat Islam Uighur di Xinjiang, China.
*Isu Uighur jadi pilihan utama
Pada siaran langsung Temubual Garasi itu juga, satu undian popular dibuat bagi mendapatkan tema pilihan penonton terhadap lirik dan lagu terbaharu To'ki.
Setelah 60 minit undian dibuka lebih 300 undi diperolehi menyokong To'ki mencipta lagu terbaharu bertemakan "Doa Buat Uighur".
Sekaligus, tema pembelaan terhadap etnik minoriti Islam di Xinjiang, China itu dijadikan sebagai kempen lagu dan video muzik terbaharunya.
"Saya berterima kasih kerana setelah tiga tema diberikan untuk undian, penonton dan peminat memilih tema Uighur dan itulah juga tema yang berada di hati saya.
"Setelah mendengar kisah penindasan terhadap umat Islam di Xinjiang, saya terasa ingin kembali dan menyumbang muzik dan lagu terbaharu dengan kempen berkongsi kesedaran mengenai isu Uighur," katanya.
Sebagai penyanyi, To'ki akur, dirinya tidak dapat melakukan semua itu sendirian.
Apa lagi "buku perjuangan" membela keadilan bagi lebih sejuta Muslim Uighur yang kini ditahan dan dikurung tanpa bicara - bukan satu kisah "buku biasa".
"Malaysia bukan antara 22 negara yang menadatangani bantahan rasmi terhadap Beijing dalam isu penindasan di Uighur," katanya.
Namun, To'ki memahami dan menghormati pendirian kerajaan dalam soal Uighur.
Apa pun, katanya, tugas rakyat Malaysia sebagai manusia tetap ada dan masih punya ruang yang
luas untuk melakukan pembelaan yang sewajarnya.
Melalui lagu terbaharu dan kempen #DoaBuatUighur yang akan dilancarkan melalui tanda pagar khas di Instagram, To'ki kini aktif mencari rakan kolaborasi.
"Saya perlukan rakan sastera untuk menulis lirik, rakan NGO untuk bersama dan setiap individu yang mahu sama-sama bangkit menyuarakan solidariti demi "buku pembelaan" terhadap Muslim Uighur," katanya.
To'ki yang akan melalui tempoh rawatan klinikal pada Julai dan Ogos ini, akan menggunakan tempoh 6 minggu berehat sebagai "buku waktu" untuk menyusun lirik dan melodi lagu Doa Buat Uighur.
"Saya akan melancarkan kempen muzikal secara "buku tetali" bersama rakan-rakan artis yang mahu menyertai persembahan dalam talian #DoaBuatUighur secepat mungkin di Facebook," katanya.
To'ki berharap kempen muzikalnya disertai serentak dengan kempen penerbitan buku sastera, acara baca puisi atau konvoi kembara motorsikal bertemakan #DoaBuatUighur".
"Apa pun, kempen muzikal melalui siaran langsung secara kolaborasi bersama rakan artis melalui Facebook akan dilaksanakan segera dan saya harap rakan-rakan sastera melakukan juga melalui acara buku atau baca puisi," katanya.
Isu Uighur dan kewujudan hampir 500 kem tahanan yang mengurung lebih sejuta Muslim Uighur mula diperkatakan sejak dua tahun lalu.
Krisis penindasan terhadap umat Islam Uighur bermula dengan peristiwa Serbuan Xinjiang pada Januari 2007.
Pasukan keselamatan China terus meningkatkan propaganda anti Uighur dengan serangan 5 Januari 2009 dan menuduh wujudnya kem latihan militan milik Pergerakan Islam Turkestan Timur di Kaunti Akto.
Sejak itu 10 juta minoriti Muslim Uighur mula ditindas hingga berita kewujudan lebih 500 kem tahanan yang mengurung lebih sejuta Muslim Uighur didedahkan kumpulan aktivis kewartawanan global.
Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) mendedahkan lanjutan laporan New York Times pada 16 November tahun lalu.
Menurut ICIJ, terdapat lebih 500 kem tahanan Muslim Uighur wujud di Xinjiang berdasarkan kertas rahsia milik Beijing yang disembunyikan, tetapi berjaya diperolehi ICIJ.
Dokumen itu mendedahkan butiran mengenai kawalan ketat China terhadap etnik Uighur dan warga Islam lain di Xinjiang.
"Saya sangat berharap kita semua artis dan penulis serta rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dan hak asasi manusia ditegakkan sudi menyertai kempen #DoaBuatUighur," seru To'ki.
"Buku kebenaran" perlu datang dari suara rakyat Malaysia walaupun kerajaan tidak menyertai 22 negara yang menyatakan bantahan rasmi terhadap penindasan Beijing terhadap Uighur.
Menurut To'ki, ada masanya agenda kemanusiaan global harus menjadi perjuangan rakyat Malaysia tanpa mengharapkan pendirian rasmi negara.
"Kita melihatnya dan kita merasakannya. Adalah perlu kita menyuarakan," katanya.
Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Fri Jul 10 2020
Mohd Zaki Mansor atau To'ki menjadi bintang "irama nusantara" yang dicurigai dan dibenci.
AWANI Borneo [01/05/2024] – Tertinggi dalam sejarah | PM announcement | Dijadualkan semula
AWANI Borneo Rabu, 1 Mei 2025 bersama Nickyson Nyambar.
> Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13%.
> Sarawak bakal umum pakej khas.
> Letusan Gunung Ruang : Penerbangan Sabah dan Sarawak masih terjejas.
> Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13%.
> Sarawak bakal umum pakej khas.
> Letusan Gunung Ruang : Penerbangan Sabah dan Sarawak masih terjejas.
Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Malaysia Airlines akan menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia baru-baru ini.
Proses rekalibrasi tenaga kerja 2.0 tamat hujung bulan ini
Timb. Menteri Di Pejabat Premier (Buruh, Imigresen, Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala menggesa majikan di Sarawak untuk menjayakan proses Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) sebelum ia ditamatkan pada hujung bulan ini.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak beri manfaat berganda
Cadangan pindaan ke atas Ordinan Buruh Sarawak (Ordinan Bab 76) yang akan dibentangkan di parlimen akan memberi manfaat berganda kepada golongan pekerja di negeri itu.
Sarawak kaji pakej khas, umum pada Jun
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg beri bayangan ada pakej khas yang akan diumumkan kerajaan negeri. Ia penambahbaikan dari apa yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.
Perincian kenaikan ketika pembentangan Belanjawan 2025
Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN
Mohd Zuki berkata pembinaan negara bangsa amat bergantung kepada produktiviti dan prestasi para pekerja yang merupakan jentera utama pembangunan negara.
Kenaikan gaji penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam - CUEPACS
Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini satu penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara yang meletakkan negara di landasan kukuh, kata Kongres
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Pantau Agenda Reformasi: Pantau kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMK
KLWBC 2020: To'ki cari gandingan pejuang "Buku Uighur"
Akhirnya, selepas dua dekad dalam kegelapan, To'ki muncul dan menjawab mengenai "buku dirinya" tanpa berselindung.