awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koir Kanada rai pelarian Syria dengan lagu Tala' al-Badru 'Alayna

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/12/2015
06:43 MYT
Koir Kanada rai pelarian Syria dengan lagu Tala' al-Badru 'Alayna
Usaha ini disifatkan sebagai nafas baru dalam usaha memupuk rasa hormat di kalangan masyarakat berbeza agama dan kaum.
Jika semalam kita membaca berita tentang bagaimana Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyambut sendiri ketibaan pelarian Syria, hari ini negara itu membuktikan aspirasi Trudeau itu juga turut dikongsi bersama rakyatnya.
Sebuah video yang memaparkan kumpulan koir menyanyikan lagu nasyid, Tala' al-Badru 'Alayna, dikongsi di laman YouTube, dan dikatakan salah satu cara rakyat Kanada meraikan kedatangan saudara-saudara baru mereka itu.
Bagaimanapun, bila dan di mana video itu dirakamkan tidak diketahui.
Video itu dikongsi oleh pengguna YouTube dengan nama moepheusali pada Jumaat dan sudah mencatat tontonan lebih 300 ribu.
Ramai yang terharu dengan usaha yang dilakukan kumpulan koir ini dan menyifatkan ia bagaikan nafas baru dalam usaha memupuk rasa hormat di kalangan masyarakat berbeza agama dan kaum.
Tala' al-Badru 'Alayna merupakan sebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh golongan Ansar kepada Nabi Muhammad SAW sewaktu menyambut kepulangan baginda di Madinah selepas tamat Perang Tabuk.
Video kredit laman YouTube moepheusali.
Topic Berkaitan
#Islam
#Justin Trudeau
#Kanada
#pelarian
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan