Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan melakar kejayaan tersendiri dengan penyertaan sebanyak 16,647 individu, dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MOBR).
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Anggota Parlimen Putrajaya menerima sijil pengiktirafan Acara Kayuhan Basikal Teramai yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Datuk Michael Teo.
Perasmian program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) serta Persatuan Berbasikal Putrajaya itu disempurnakan Tengku Adnan.
Program berkenaan terbuka kepada semua secara percuma dengan menawarkan dua kategori iaitu laluan 10 kilometer (km) dan 40km bermula di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan berakhir di tempat yang sama.
Terdahulu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, tujuan program diadakan adalah bagi memupuk semangat cintakan Wilayah Persekutuan serta mengamalkan gaya hidup sihat serta cergas.
"Ia juga mewujudkan satu suasana yang harmoni dan bersatu bersesuaian dengan slogan Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera. Kita amat untung kerana Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan mengadakan beriadah dengan tenang tanpa sebarang ketakutan," katanya.
Tambahnya, soal perpaduan ini perlu dijaga dengan baik serta bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir negara ini mampu mengekalkan keamanan dan mengutamakan kepentingan rakyat serta kesejahteraan negara.
"Adalah diharap program berkenaan dapat membentuk masyarakat yang cergas, sihat fizikal dan cerdas minda, selain menyemai sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat," katanya.
Selain program Konvoi Berbasikal, Karnival Mini Sukan turut diadakan di kawasan sekitar, antaranya kabbadi, boleh keranjang, street soccer, bola jaring dan bola tampar.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Mohd Ikshan dan Presiden PPj Datuk Seri Hasim Ismail.
Bernama
Sun Feb 28 2016
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Anggota Parlimen Putrajaya menerima sijil pengiktirafan Acara Kayuhan Basikal Teramai yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Datuk Michael Teo.. - Foto Twitter Tengku Adnan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan diiktiraf Malaysia Book of Records
Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan dengan penyertaan sebanyak 16,647 individu, mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MOBR).