GAYA HIDUP
‘Kotak Kasih’: Inisiatif Goodday Milk Sempena Hari Susu Sedunia, Sebar Manfaat Nutrisi Sekotak Susu

Pengunjung yang membanjiri pembukaan tirai jelajah “Kotak Kasih” di Kota Bharu, Kelantan, pada Isnin. - Foto Goodday
Kota Bharu: Sempena Hari Susu Sedunia 2025, Goodday Milk dengan kerjasama Gegar FM, melancarkan kempen “Kotak Kasih” dengan mesej Sekotak susu, Sepenuh kasih.
Ringkasan AI
- Sempena Hari Susu Sedunia 2025, Goodday Milk dengan kerjasama Gegar FM, melancarkan kempen -Kotak Kasih- dengan mesej Sekotak susu, Sepenuh kasih.Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, menerusi kempen seiring misi menjadikan susu lebih mudah diakses sekaligus menyokong amalan pemakanan sihat di kawasan Pantai Timur itu, trak Goodday memulakan perjalanan ke bandar-bandar dan sekolah selain menawarkan susu di pasteur dengan harga RM4 bagi 1 liter.Katanya, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Goodday Milk dalam menyokong gaya hidup lebih sihat bagi rakyat Malaysia, selaras dengan moto jenamanya -Gaya hidup sihat, semudah ini.-

Kru daripada Gegar FM dan pengunjung ketika di lokasi pertama jelajah “Kotak Kasih” di Kota Bharu, Kelantan. - Foto Goodday
Katanya, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Goodday Milk dalam menyokong gaya hidup lebih sihat bagi rakyat Malaysia, selaras dengan moto jenamanya “Gaya hidup sihat, semudah ini.”
Amy turut berkata, pantai timur dipilih untuk kempen tahun ini kerana komunitinya yang rapat sekaligus menjadikan peluang untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan susu dalam diet harian sangat besar.
“Inisiatif ini membantu menghubungkan akses kepada pilihan pemakanan berkhasiat, terutama pada saat ekonomi genting sekaligus mencabar kemampuan kewangan rakyat jadi, kempen ini dapat membantu meringankan beban dan menyokong keperluan pemakanan mereka.” ujarnya menerusi sebuah kenyataan.
Kempen ini juga datang dengan kejutan istimewa bagi pengunjung yang menyertai jelajah ini kerana pada waktu tertentu dengan kehadiran kru daripada Gegar FM, peserta layak menerima pek susu coklat UHT Charge 200ml yang diperkaya dengan 10 nutrien penting secara percuma.
Selain itu, Goodday turut menyediakan pelbagai permainan, hadiah, dan aktiviti menarik yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mengingatkan kanak-kanak dan pengunjung bahawa pemakanan baik boleh bermula dengan segelas susu.

Kru daripada Gegar FM memeriahkan suasana ketika pengunjung mula hadir di lokasi pertama jelajah “Kotak Kasih”. - Foto Goodday
Tambahnya, kempen ini juga merupakan salah satu cara Goodday Milk berkongsi produk minuman mampu milik, sekaligus menjadi tanda kasih sayang terhadap komuniti selain bertujuan menekankan kepentingan nutrisi yang dapat diperoleh daripada sekotak susu.
“Walau sekecil mana perkara, seperti hanya sekotak susu, ia memberi makna besar kepada seseorang.
“Ini adalah peluang untuk berkongsi kebaikan dengan saling memberi dalam bulan yang bermakna ini.” jelasnya.
Pihak Goodday turut mengalu-alukan penyertaan awam di mana orang ramai boleh mencalonkan rumah anak yatim dan komuniti kurang bernasib baik untuk menerima susu Goodday secara percuma.
Kempen Kotak Kasih membuka tirai pada Isnin di Kota Bharu, Kelantan dan bakal menggegarkan Kuala Terengganu seterusnya Kuantan, Pahang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai diminta mengikuti @gooddaymilkmalaysia di laman Facebook dan Instagram untuk mengetahui status perjalanan lori sepanjang kempen berlangsung hingga 4 Julai depan.

Jelajah “Kotak Kasih” Goodday yang akan berada di beberapa kawasan di Pantai Timur dengan kejutan menarik buat para pengunjung. - Foto Goodday
Gunakan hashtag, #kotakkasih, #sekotaksusu, dan #harisususedunia untuk menyertai gerakan secara dalam talian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami