awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
Wanita ditahan, dipercayai dera anak sehingga lebam, tercabut gigi
Bekas Jeneral Tentera Udara Filipina ditahan atas tuduhan hasutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2022
11:54 MYT
Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun
Yogi dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab. - TikTok/yogiandkids
KUALA LUMPUR: Seekor kucing selebriti yang memiliki lebih 30,000 peminat di media sosial, ditemui mati dipercayai akibat diracun bersama beberapa ekor kucing lain.
Menerusi kemas kini di TikTok, pemilik kucing yang diberi nama Yogi itu memaklumkan si comel itu dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kejadian berlaku di perkarangan sebuah flat di Desa Pandan di sini, pada Sabtu lalu.
Memetik laporan portal Berita Harian, pemilik Yogi, Al Farrah Sherrina Zulkifle memberitahu, dia tidak menyangka kucing kesayangan itu menjadi mangsa selepas beberapa ekor kucing lain turut diracun sejak beberapa minggu lalu.
"Ada orang membenci makhluk Allah ini dan tergamak beri makan racun. Semoga Allah beri balasan kepada mereka yang zalim," kata Al Farrah Sherrina.
Selain Yogi, dia turut mempunyai beberapa ekor kucing lain dan aktif mengemas kini perkembangan anak bulus kesayangannya di akaun TikTok, Yogi and Kids.
Topic Berkaitan
#kucing selebriti
#media sosial
#TikTok
#yogi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan