awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kustom Culture terus berkembang di Malaysia

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
20/08/2023
13:00 MYT
Kustom Culture terus berkembang di Malaysia
Pameran seni ubah suai kenderaan terus mendapat perhatian warga tempatan - Gambar Art of Speed.
SENI ubah suai kenderaan dan kustom culture terus popular dengan semangat yang ditunjukkan para peminatnya pada acara tahunan pameran kenderaan ubah suai Art Of Speed 2023 (AOS 2023) hujung bulan lepas.
AOS 2023 telah memukau lebih daripada 65,000 pengunjung sepanjang dua hari ia berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), sebuah peristiwa yang menggambarkan betapa kukuhnya ikatan antara seni, budaya, dan inovasi kenderaan di negara ini.
Acara yang sudah memasuki edisi yang ke-12 itu terus mengukuhkan peranannya sebagai platform bagi peminat budaya kustom yang semakin berkembang dengan pelbagai pameran kenderaan diubah suai dari dalam dan luar negara.
Motosikal yang dibina sendiri peminat kustom culture mewarnai Art of Speed 2023. Foto: Art of Speed
Budaya ini mempromosikan bukan hanya kreativiti dalam ubah suai kenderaan, tetapi juga nilai-nilai budaya yang terkandung dalam setiap rekabentuk yang unik.
Antara pameran yang mencuri tumpuan adalah tiga kenderaan kustom yang dipersembahkan oleh tiga pengubahsuai kenderaan terkemuka dari Jepun iaitu Wild Road Choppers dengan motosikal Harley Davidson Chopper tahun 1941, Harley Davidson Chopper tahun 2020 yang mendapat sentuhan Cosmic Chopper City, dan Volkswagen Type2 Safari tahun 1959 yang mengalami transformasi menakjubkan di tangan Side Yakotani.
AOS 2023 meneruskan tradisi dengan membuka ruang kepada tetamu antarabangsa yang terkenal dalam budaya kustom untuk memberikan inspirasi kepada peminat-peminat kustom culture, selain turut berperanan sebagai juri dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang acara ini.
Selain pameran kenderaan, festival muzik Sound Circus di Art of Speed 2023 juga menjadi tumpuan. Foto: Art of Speed
Selain pameran kenderaan, AOS 2023 juga dimeriahkan lagi dengan festival muzik Sound Circus, pertandingan dan pameran mainan Hot Wheels, pertandingan ratu cantik Miss Art of Speed, dan pertandingan papan selaju yang dianjurkan peminat kustom culture dan juga legenda skateboarding negara, Ahmad Fadzil Musa atau yang lebih mesra dengan panggilan "Pa’din".
Antara kenderaan yang mengambil bahagian dalam pameran Art of Speed 2023. Foto: Art of Speed
Semua acara sampingan ini memperkukuhkan lagi ikatan antara budaya kustom dan pelbagai bentuk seni yang lain yang melambangkan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang hidup bersatu dan aman.
AOS 2023 bukanlah sekadar satu acara pameran kenderaan terubahsuai semata-mata, tetapi menunjukkan penyatuan yang semakin kukuh terhadap semangat budaya kustom ataupun kustom culture di Malaysia, dengan menyatukan peminat seni ubahsuai kenderaan dan seni.
Topic Berkaitan
#ART OF SPEED
#budaya kustom
#kustom culture
#aos 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan