Menghasilkan lagu bercorak patriotik terlebih dahulu memerlukan jiwa yang patriotik. Itu yang ditekankan bekas pengarah muzik dan konduktor Orkestra RTM, Datuk Ahmad Dassilah Mohd Yusoff.
Beliau yang merupakan nadi di sebalik penghasilan lagu Setia nyanyian Francisca Peters, tidak percaya dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan lagu patriotik membosankan.
"Yang menjadikan lagu itu best bukan sahaja komposisi ciptaannya, tetapi juga jiwa apabila menyanyikannya.
"Contohnya lagu Negaraku. Kalau kita menyanyikannya dengan cara yang betul, iaitu berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh semangat, barulah seronok itu datang," katanya.
Menceritakan pengalamannya menghasilkan Setia, Ahmad Dassilah memaklumkan lagu itu dicipta dalam tempoh yang agak singkat kerana mahu memenuhi permintaan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan.
"Ketika itu, ada krisis yang melanda negara jadi Allahyarham mahukan sebuah lagu yang boleh meredakan keadaan dan membuatkan masyarakat mengingati kembali perasaan sayang kepada negara.
"Sebaik sahaja lagu itu siap, saya terus bawa lagu itu ke pejabatnya. Kami nyanyikan melodi lagu itu bersama-sama," katanya mengimbas kenangan ketika kali pertama melodi lagu itu diperdengarkan kepada Mohamed.
Biarpun tiada masalah pada melodi yang dihasilkan, Mohamed seolah-olah tidak berpuas hati dengan lirik lagu itu, dan berkali-kali membuat perubahan sehingga menimbulkan rasa bimbang Ahmad Dasilah.
"Saya risau jika perubahan itu akan menjejaskan komposisi melodinya. Tetapi sebaliknya, saya pula yang 'kena'. Kata beliau, berani betul saya tegur dia.
"Saya katakan kepada beliau, saya bukan 'Yes Man'. 'Yes Man' tidak akan menghasilkan kualiti," tegasnya.
Proses rakaman yang dijalankan di sebuah studio di Jalan Chow Kit, mengambil masa yang agak lama kerana membabitkan kanak-kanak sekolah.
"Ketika menghasilkan lagu ini, memang saya sudah bayangkan Francisca Peters sebagai penyanyi, diiringi kanak-kanak sekolah.
"Lima hari juga kami terperuk di studio. Faham sajalah, melayan kerenah budak-budak," katanya tersenyum.
Ditanya keistimewaan Setia sehingga kekal malar segar sehingga ke hari ini, Ahmad Dassilah berpendapat, elemen majestic atau keagungan merupakan salah satu perkara yang ditekankan ketika menghasilkan lagu tersebut.
"Bukan sahaja pada bait lagu dan lirik, suara penyanyi juga perlu ada elemen itu," ujarnya.
Diajak berbual tentang kualiti lagu patriotik dewasa ini, Ahmad Dassilah mencadangkan agar adanya satu badan khas bertujuan memantau kualiti lagu-lagu yang dihasilkan.
"Ini soal citarasa. Saya tak boleh cakap apa yang ada sekarang tidak bagus kerana citarasa manusia berbeza.
"Lagu Negaraku pernah hampir diubah melodinya untuk menjadi lebih pantas. Tetapi saya antara yang tidak setuju kerana masalahnya bukan pada lagu itu, tetapi orang yang tidak memahami dan gagal menikmatinya," jelas beliau.
Ahmad Dassilah juga meluahkan rasa kesal apabila Setia digubah dalam pelbagai versi yang tidak sesuai dengan konsep lagu tersebut.
"Saya gembira lagu ini popular sehingga ke hari ini. Tetapi saya tidak suka apabila ada versi yang tidak sepatutnya, contohnya rap.
"Kalau saya nak hasilkan lagu rap, saya boleh buat. Tapi lagu ini tidak dihasilkan untuk dijadikan rap, dan saya tidak rasa ia sesuai diubah menjadi rap," luahnya.
Madiha Abdullah
Sat Aug 25 2018
Ahmad Dassilah tegaskan kepentingan 'jiwa' dalam menyanyikan sesebuah lagu. - Astro AWANI
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Lagu patriotik perlu ada elemen 'majestic'- Datuk Ahmad Dassilah
Apa yang menjadikan sesebuah lagu menarik untuk didengar bukan saja kerana komposisinya, tetapi juga penjiwaan orang yang menyanyikannya.
Gabungan suara YB dalam 'Setia'
12 ahli politik termasuk yang bergelar Yang Berhormat bergabung rakam suara untuk Projek Merdeka Astro AWANI.