LEGOLAND pertama di Asia yang melakar kejayaan besar pada tahun pertama operasinya, menyambut ulang tahun pertamanya hari ini di Nusajaya.
Taman tema keluarga yang popular di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor itu yang menjadi pemacu utama pelancongan di Selatan Malaysia, menganjur acara hebat bagi meraikan ulang tahunnya.
Pada usia setahun, LEGOLAND berkembang pesat dan sudahpun merancang untuk menjadikannya sebagai resort yang mengandungi Taman Tema Air dan Hotel.
Perayaan khas diadakan sekitar kek LEGO gergasi, yang dibangunkan dengan bantuan pengunjung sejak 10 hari lepas.
Ia diperbuat daripada lebih 300,000 bata dan berukuran tiga meter lebar. Lebih 3,000 pengunjung taman terlibat dalam aktiviti pembinaan itu yang bermula pada 5 September, 2013 .
Sambutan hari jadi itu termasuk persembahan tarian, parti tarian kanak-kanak pertunjukan bunga api 3D LEGO yang unik, dengan bata seolah-olah gugur dari langit.
Kek hari jadi sebenar turut disediakan untuk majlis itu dan dihidang di dalam CafT .
Hasil jualan kek akan diserahkan kepada Wand Magic Merlin, sebuah pertubuhan kebajikan dunia untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.
Siegfried Boerst, Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia, berkata: "Kami gembira meraikan ulang tahun pertama kami bersama-sama pengunjung. Ia merupakan tahun yang sangat berjaya untuk LEGOLAND pertama di Asia, dengan bilangan pelawat sudah jauh melebihi jangkaan.
"Sepanjang dua belas bulan yang lepas, kami telah menambah dua tarikan baharu dan tetamu kami ternyata lebih gembira. Ketika menyambut kejayaan penting ini, kami sudah pun merancang sesuatu yang lain, dan pada Oktober kami akan membuka tarikan baharu iaitu Taman Air," katanya pada sambutan itu.
Taman Air LEGOLAND pertama di Asia dibuka pada 21 Okt tahun lepas dan menerajui transformasi LEGOLAND Malaysia sebagai destinasi resort keluarga dengan menawarkan lebih 70 permainan, persembahan dan tarikan.
Boerst berkata pembaharuan pas tahunan sudah dimulakan secara dalam talian dan di Tiket Kaunter di LEGOLAND Malaysia.
Mereka yang memperbaharui pas boleh menikmati lanjutan tambahan sehingga Disember 2014 jika Pas Tahunan semasa tamat pada September, Oktober, November atau Disember 2013.
Pelanggan Maybank juga diberikan tawaran istimewa jika mereka memperbaharuinya sekarang.
Bernama
Tue Sep 17 2013
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Pengwujudan dua negara berdaulat satu penyelesaian
Perdana Menteri Jordan, Bisher Hani Al Khaswneh berkata Israel terus melakukan kesilapan dengan menyerang gaza dan berharap untuk mendapat hasil yang berbeza. Beliau turut berkata pengwujudan dua negara berdaulat adalah satu penyelesaian asas yang enggan difahami dan diterima Israel.
PETRONAS dagangan jual 16 bilion liter bahan api, perolehan RM37.55 bilion
Ini laporam yangh baharu kami terima.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Hukuman gantung lelaki bunuh, tidur bersama mayat rakan, diganti penjara 30 tahun
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat
Pelaksanaan kelas terampung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
MINDEF, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu tabung khas ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ bagi memudahkan warga ATM serta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas.
Konflik Gaza perlukan kerjasama dunia
Ketegangan konflik Gaza jadi tumpuan hari terakhir WEF di Riyadh, Arab Saudi.
Rampasan 30 kg ganja, lebih 1 tan daun ketum
Polis Perlis menumpaskan kegiatan penyeludupan ganja dan daun ketum dengan merampas 30kg ketulan mampat dadah jenis ganja bernilai RM93,000 dan daun ketum seberat 1.02 tan bernilai RM10,200.
LBS akhiri kempen tawar hadiah RM1.5 juta buat 1,400 pembeli
LBS mengakhiri kempen Fabulous Extra dengan hadiah RM1.5 juta terdiri daripada Perodua Axia, motosikal, set teater rumah dan basikal gunung buat 1,400 pembeli bertuah.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kerajaan setuju secara dasar luluskan permohonan MOTAC, SOP perlu diperincikan
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk meluluskan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuka aktiviti pelancongan termasuk aktiviti outdoor.
Taman tema komited bantu kerajaan rancakkan semula pelancongan domestik
Selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan, taman tema tersebut juga mengehadkan kapasiti resort itu kepada 30 peratus daripada kapasiti biasa.
Tiada perbincangan jual Legoland - Khazanah
"Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,-
PUC muncul kaunter paling aktif di Bursa
Ini susulan pengumuman cadangan untuk membeli satu pertiga saham dalam syarikat perkhidmatan pengimejan kepada Kidzania dan Legoland Malaysia.
Awal Ashaari & Sherry Al-Hadad sedih tinggalkan Famili LEGOLAND
Hos Famili LEGOLAND, Awal Ashaari dan Sherry Al Hadad sedih kerana terpaksa meninggalkan Famili LEGOLAND.
Legoland Malaysia bakal perkenal hidupan laut aquarium tahun depan
Legoland Malaysia Resort akan menonjolkan hidupan laut dalam aquarium di taman temanya di sini bagi menarik lebih ramai pelancong.
Tripadvisor: Legoland Malaysia Resort hotel nombor satu untuk keluarga
Tripadvisor Travellers' Choice 2016 memilih Legoland Malaysia Resort sebagai hotel terbaik dalam kategori hotel untuk keluarga.
Legoland Malaysia labur lebih RM6 juta untuk model Star Wars
Legoland Malaysia Resort melabur lebih RM6 juta untuk daya tarikan terbaharunya, paparan model 'Lego Star Wars Miniland.
'Simplysiti Dihati' bantu pesakit jantung kanak-kanak
Kempen Simplysiti Dihati berjaya mengutip RM57,166 dari lima lokasi yang dijalankan diseluruh negara.
Tukar Minfigure anda dengan 'Model Citizens'
Melihat Lego Minifigures anda yang sama sahaja setiap hari pasti membosankan dan mungkin anda ada terfikir untuk membeli yang baru.