GAYA HIDUP
Licence To Win 2025: Peluang miliki Porsche dan percutian eksklusif bersama Malaysia Airports

Hadiah utama bagi kempen Licence to Win 2025 merupakan Porsche 911 Carrera menanti pelanggan bertuah. -Foto MAHB
SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi peluang kepada pelanggan untuk merealisasikan perjalanan impian mereka dengan mengadakan kempen beli-belah terunggul, Licence to Win 2025.
Ringkasan AI
- Malaysia Airports melancarkan kempen beli-belah Licence to Win 2025 bertemakan "Own the Dream" dari 21 Julai hingga 31 Disember, menawarkan hadiah utama sebuah Porsche 911 Carrera.
- Kempen ini dijalankan bersama Eraman dan Traveloka, dengan hadiah lain termasuk motosikal BMW R1300GS, pakej pelancongan ke Switzerland, Australia dan Jepun, serta baucar beli-belah bernilai hingga RM30,000.
- Penyertaan dibuka dengan perbelanjaan minimum RM100 di lebih 500 kedai dan restoran di lapangan terbang antarabangsa Malaysia, menjadikan setiap transaksi peluang untuk menang.

Sesi bergambar antara tetamu kehormat dan barisan selebriti serta pempengaruh tanah air selepas selesai gimik pelancaran Majlis Pelancaran Kempen Licence To Win 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada Rabu. - Foto MAHB
Menurut Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin, kerjasama strategik dengan Eraman, peruncit bebas cukai terkemuka Malaysia, dan Traveloka, platform perjalanan terkemuka Asia Tenggara, Licence to Win bertujuan mentakrifkan semula pengalaman lapangan terbang dengan menggabungkan runcit premium dan keseronokan ganjaran luar biasa.
"Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman yang berbeza dan unik daripada rutin biasa dengan menjadikan kempen ini lebih menarik, inklusif, dan lebih banyak ganjaran kepada setiap pelanggan di setiap lapangan terbang.
“Ia mencerminkan bagaimana kami membentuk semula pengalaman runcit lapangan terbang, menjadikan setiap transaksi sebagai titik permulaan pengembaraan menarik, dan setiap saat sebagai peluang untuk berhubung," katanya kepada media di Majlis Pelancaran Kempen Licence To Win 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, pada Rabu.
Tambahnya, selain hadiah utama, pembeli di Lapangan Terbang Antarabangsa lain di bawah rangkaian Malaysia Airports juga berpeluang untuk memenangi sebuah motosikal BMW R1300GS.
“Kami juga menjanjikan hadiah-hadiah lain seperti pakej pelancongan daripada Traveloka dan baucar beli-belah daripada Eraman.

Gimik pelancaran disertakan dengan pameran rakan strategik Licence To Win 2025 iaitu Traveloka dan Eraman yang menyediakan pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian dan baucar beli-belah. - Foto MAHB
“Bagi hadiah tempat pertama, pelanggan bertuah dapat menikmati pakej percutian ke Switzerland bernilai RM50,000 dan baucar beli-belah sebanyak RM30,000.
"Manakala hadiah tempat kedua merupakan pakej pelancongan ke Australia berharga RM30,000 di samping baucar beli-belah sebanyak RM20,000.
"Dan hadiah tempat ketiga pula ialah pakej pelancongan ke Jepun bernilai RM20,000 serta baucar beli-belah sebanyak RM10,000.
“Untuk mencerminkan lagi komitmen kami, perbelanjaan minimum untuk penyertaan kempen kali ini hanya RM100, dan ia lebih berbaloi bagi penumpang untuk membeli-belah, menjamu selera, dan mengejar impian mereka.
“Dengan lebih daripada 500 kedai runcit dan restoran di seluruh Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu, para pelancong boleh membeli-belah dan menjamu selera sepuas hati," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.malaysiaairports.com.my atau ikuti @shopmyairports di laman Instagram dan Facebook.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami