awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
29/10/2015
11:46 MYT
Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan
Buah-buahan dan sayur-sayuran antara pemakanan sihat yang dapat membantu mengekalkan kesihatan. - Gambar Fail
Pengambilan makanan yang tinggi dengan antioksida seperti vitamin C memainkan peranan penting mengekalkan tahap kesihatan.
Selain penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sel tisu, ia merupakan elemen penting bagi merawat selesema serta pada masa sama mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser.
Menurut pakar pemakanan, Nurul Aziah Musa masalah tekanan (stress) yang biasa dihadapi golongan urban merupakan punca kekurangan nutrien, khususnya vitamin C.
"Penting untuk kita ambil makanan yang tinggi dengan antioksida, contohnya vitamin C.
"Kita boleh dapatkannya dari buah-buahan. Antara buah yang mungkin kurang popular tetapi mengandungi vitamin C yang tinggi adalah kiwi, selain oren dan epal," kata Aziah
Menurut Aziah, masalah kesihatan yang utama dihadapi penduduk negara ini ialah kardiovaskular, kencing manis dan kanser.
Katanya, penyakit tersebut banyak berhubung kait dengan cara pemakanan seseorang individu selain dari faktor genetik, gaya hidup dan sebagainya.
Apa yang ditekankan Aziah adalah pemilihan makanan yang seimbang iaitu karbohidrat sebagai sumber pemberi tenaga, sumber protein yang rendah lemak dan sumber-sumber mineral serta vitamin daripada sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Mengulas gaya hidup golongan urban, Aziah mengakui kesibukan mereka merupakan cabaran dalam memilih makanan yang seimbang.
Bagaimanapun Aziah tidak menafikan sikap prihatin golongan itu terhadap pengambilan makanan sihat semakin meningkat.
"Dari segi pemilihan makanan, kita perlu realistik dengan cara hidup kerana kebanyakan golongan penduduk bandar makan seperti di kedai mamak dan makanan ringkas (fast food).
"Kita tidak nafikan masyarakat bandar lebih prihatin ke atas pemilihan makanan. Di pasaraya sekarang, kita boleh lihat sudah ada bahagian yang hanya jual makanan sihat dan trend itu semakin popular.
"Kita perlu mengetahui apa yang perlu dilebihkan atau dikurangkan dalam pemakanan kita," kata Aziah.
Serat juga mempunyai kepentingan dalam pemakanan seharian kerana ia merupakan salah satu unsur makanan yang menyebabkan rasa kenyang lebih lama.
"Penghadaman serat mengambil masa yang lama dalam badan kita. Ia sekali gus boleh menurunkan paras gula dalam darah serta kolestrol.
"Serat boleh didapati dalam semua jenis buah dan sayur yang boleh memberi kesan baik ke atas tubuh badan kita," kata Aziah lagi.
Selain pemilihan makanan, masyarakat Malaysia juga digalakkan untuk meningkatkan aktiviti bersenam.
Aziah menegaskan setiap pihak termasuk kerajaan, pihak NGO serta komuniti terutamanya ibubapa yang memainkan peranan penting dalam memastikan pemilihan makanan seimbang dan gaya hidup aktif diterapkan dalam kehidupan seharian.
Topic Berkaitan
#antioksida
#Nurul Aziah Musa
#pemakanan
#vitamin C
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan