MENGEMAS rumah adalah tugasan yang tidak pernah habis dan tidak semua orang suka untuk melakukannya.

Namun, ia merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

Kini, ada banyak produk direka khas yang dijual di pasaran untuk membantu anda menjalankan proses mengemas rumah lebih cepat, lebih kemas dan bersih. 


1. Berus tandas

Gambar Shopee


Mempunyai reka bentuk ergonomik dan boleh laras. 2 dalam 1 - Boleh digunakan untuk menyapu dan memberus.

Sesuai untuk pelbagai permukaan seperti jubin, kayu, kaca, simen, tab mandi, dapur, dinding, pancuran dan garaj. (Dapatkan di sini)


2. Mop lantai

Gambar Shopee


Boleh digunakan di setiap sudut dengan 360 darjah putaran. Boleh membersihkan tumpahan, debu, kotoran dan bulu binatang di pelbagai permukaan.

Ia juga sesuai untuk mereka yang kurang gemar memerah mop kerana mempunyai fungsi untuk melakukan perahan sendiri. (Dapatkan di sini)


3. Krim pembersih

Gambar Shopee

Pembersih krim serbaguna boleh digunakan ke atas permukaan yang mempunyai kotoran keras, menghilangkan minyak dan bekas degil. (Beli di sini)


4. Pembersih habuk

Gambar Shopee


Tidak perlu bersusah payah menggunakan tangga untuk membersihkan habuk di syiling, kipas, dinding atau tempat yang tinggi.

Ia mudah untuk dilaraskan mengikut permukaan dengan kepanjangan sehingga 250cm. (Beli di sini).


5. Vakum elektronik

Gambar Shopee


Ia mempunyai tiga fungsi, iaitu menyapu, mengemop dan memvakum. Boleh ditambahkan air atau aroma bau.

Peka terhadap pelbagai halangan semasa proses pembersihan dilakukan, mempunyai jangka hayar bateri selama 120 minit. (Dapatkan di sini)

Tunggu apa lagi? Dapatkan produk ini sekarang dan rasai pengalaman mengemas rumah yang menakjubkan.



*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.

**
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!