Jumlah pengguna Internet dinegara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial.

Kajian terbabit adalah sebahagian daripada hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social.

Laporan berkenaan turut mendedahkan jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial.

Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian.

menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial.

Ini merupakan kali ketujuh laporan berkenaan diterbitkan. Secara keseluruhannya, penguna internet sudah telah mencecah lebih empat bilion di seluruh dunia.

Ia meningkat kepada tujuh peratus sejak 12 bulan yang lalu, mewakili 53 peratus daripada populasi dunia.
Penggunaan sosial media secara global pula mencecah 3.196 bilion pengguna, meningkat 13 peratus sejak 12 bulan.

Selain itu, pengguna media sosial secara mudah alih pula meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas kepada 2.958 bilion pengguna dengan 93 peratus mengakses sosial media melalui telefon pintar.

Pengguna media sosial secara mudah alih  meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas