MASALAH gangguan mental bukan lagi perkara pelik dalam kalangan masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan lebih 1 billion penduduk dunia berhadapan dengan pelbagai masalah gangguan mental pada tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa pula baru-bari ini mendedahkan, Wilayah Persekutuan merupakan daerah paling ramai penduduknya mengalami masalah kemurungan (Anxiety) dengan 336,900 orang dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan keputusan saringan.
Mengambil langkah berani dan mahu memberi kesedaran tentang penyakit mental, wartawan hiburan, Maliah Surip mendedahkan kisah penderitaan dan perjalanan selepas didiagnos menghidap General Anxiety Disorder (GAD) dan major depressive disorder (MDD) atau kemurungan teruk sejak tahun 2019.
Menerusi buku perdana tulisannya, Senandika: Bercakap Seorang Diri, Maliah ingin menceritakan pengalaman diri yang tidak pernah sedar telah diserang penyakit mental, melakukan diagnos sehingga perlu mendapatkan rawatan berkala dan memakan ubat pada setiap hari, sehingga hari ini.
"Selain bercerita tentang pengalaman, objektif utama kelahiran buku ini adalah untuk meningkatkan kesedaran bukan sahaja dalam kalangan pesakit, tetapi orang terdekat dan masyarakat yang seharusnya memainkan peranan masing-masing tanpa menghakimi atau menilai sekali gus sama-sama membantu penderitanya pulih," ujar Maliah.
Bekas Pengarang Hiburan akhbar Kosmo ini berkata demikian pada majlis pelancaran Senandika: Bercakap Seorang Diri di DXN Cyberville, Cyberjaya pada Selasa lalu.
Naskhah berkenaan dilancarkan oleh dua penghibur ternama tanah air, Datuk Amy Search dan Misha Omar.
Anak jati kelahiran Johor Bahru ini juga menegaskan, buku yang dijual pada harga RM28 bukan mengajak pesakit mental ‘memperakui' diri mereka sakit lalu menjadi 'lemah", tetapi bangkit dan bersemangat untuk terus berjuang dan mencari kehidupan yang baik.
"Senandika: Bercakap Seorang Diri ini juga saya jadikan semangat jika setiap kali berasa 'pulang' ke titik terendah, kena ingatkan diri bahawa ada pencapaian yang telah dilakukan sepanjang bergelut dengan penyakit ini," katanya lagi.
Selain itu, Senandika: Bercakap Seorang Diri tidak ditulis dalam penyampaian yang 'menyayat hati', sebaliknya banyak disulami dengan gaya penulisan 'nakal', lucu dan membina keyakinan bahawa penyakit ini boleh pulih.
"Selain bercerita tentang perjalanan penyakit ini, saya juga menyelitkan pengalaman berdepan dengan banyak pesakit mental lain yang lebih sengsara.
"Buku ini penting kerana akan memberi kesedaran buat masyarakat untuk sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling," tambah wanita berusia 42 tahun ini lagi.
Menurutnya juga, buku ini diilhamkan selepas melihat ada dalam kalangan pesakit yang tidak mahu memperakui diri sedang sakit, tidak mendapatkan rawatan sewajarnya sekali gus memudaratkan diri masing-masing.
Bagi mereka yang berminat untuk membeli Senandika : Bercakap Seorang Diri, anda boleh terus ke laman Facebook dan Instagram @MaliahSurip atau juga di kedai-kedai berikut; Dapur Jendela, Setia Tropika, Johor Bahru (Instagram @dapurjendela) atau Amatarin Store, Jalan Dhobby, Johor Bahru (Instagram @amatarin.store) atau CORM. Jasin, Melaka (Instagram @cormisme).
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Fri Mar 17 2023
Dari kiri Datuk Amy Search, Misha Omar dan Maliah Surip pada pelancaran buku Senandika: Bercakap Seorang Diri di Cyerjaya, pada Selasa lalu. - Gambar GEMPAK
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Maliah Surip kongsi pengalaman hidap gangguan mental
Senandika: Bercakap Seorang Diri diharapkan akan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa peka terhadap kesihatan mental.
Psikologi kanak-kanak: Perkukuh sistem sokongan sosial dan psikososial - Pakar
Latar belakang keluarga yang tidak mempunyai masalah bukan jaminan seorang kanak-kanak itu tidak terdedah dengan gangguan mental.
Tiap seorang daripada 20 kanak-kanak alami gangguan mental - Noor Azmi
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menganggarkan tiap seorang daripada 20 kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun di Malaysia mengalami gangguan mental.
'Saya nak jumpa tuhan' - Bapa campak anak dari jejambat sempat beritahu isteri
Dia dikatakan mengalami masalah mental sejak setahun yang lalu, selepas menghidap COVID-19.
Lelaki kurang waras berenang tengah tasik berjaya diselamatkan
Pihak polis memohon bantuan pihak bomba untuk menyelamatkan seorang lelaki dipercayai kurang waras yang telah berenang sejauh 100 meter ke tengah tasik tersebut.
Rutin terperangkap dalam kesesakan trafik tingkat risiko gangguan mental kronik - Pakar
Dalam situasi getir kini, adalah penting untuk majikan bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu terikat dengan pekerja mengenai pengoperasian sesebuah organisasi.
Warga Malaysia di Hatyai ditahan kerana mengurung diri bersama anak
Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.
Hampir setengah juta rakyat Malaysia alami simptom depresi - Kajian
Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.
Lelaki disyaki sakit mental bakar kereta ketika pulang
Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak membakar bahagian dalam kenderaan MPV Toyota Kijang dengan nombor pendaftaran Indonesia itu.
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.