Skip to main content

Dunia

2 parah dalam nahas pesawat di Korea Selatan

51748327023_TBpoliceline.jpg
Pesawat itu terhempas kira-kira 3.10 petang Sabtu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Muan ke Lapangan Terbang Sani. - Gambar hiasan

SEOUL: Dua individu cedera parah selepas sebuah pesawat ringan terhempas di daerah Haenam, barat daya Korea Selatan pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pesawat itu terhempas kira-kira 3.10 petang ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Muan ke Lapangan Terbang Sani.

Kedua-dua mangsa, iaitu seorang jurulatih dan seorang pelajar berusia lingkungan 20-an dari Universiti Chodang, dibawa ke hospital berhampiran.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca nahas.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video

Advertisement