DATANGKAN mudarat, jangan rebus ketam dan udang kara hidup-hidup sebelum menikmatinya.

Sebaiknya sebelum menyediakan menu berasaskan dua jenis haiwan ini, pastikan ia mati terlebih dahulu kerana hidupan laut jenis ini mampu merasai kesakitan.

Kerajaan Britain menyenaraikan hidupan laut seperti sotong, ketam dan udang kara dalam senarai hidupan yang perlu diberi perlindungan di bawah undang-undang kebajikan haiwan kerana sifat hidupan tersebut yang mampu merasai kesakitan dan penderitaan, lapor stesen penyiaran CNN.

Vertebrata iaitu haiwan yang mempunyai tulang belakang sudah pun dilindungi dalam perundangan kebajikan haiwan baharu yang sedang diperdebatkan di Britain.

“Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan memberikan jaminan penting bahawa kesejahteraan haiwan dipertimbangkan dengan sewajarnya apabila merangka undang-undang baharu.

“Sains mendapati bahawa haiwan decapod dan cephalopod mampu berasa sakit. Oleh itu, adalah wajar ia dilindungi di bawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Zac Goldsmith dalam satu kenyataan.

Menurut rang undang-undang tersebut, udang kara dan ketam tidak boleh direbus hidup-hidup dan menyertakan amalan pengangkutan dan mematikan terbaik untuk haiwan-haiwan itu.

Ia menemui bukti kukuh bahawa haiwan bercengkerang merasai kesakitan dan bukti ‘kuat’ yang menunjukkan rasa sakit dalam kebanyakan spesies ketam.

Bagi haiwan lain dalam dua kumpulan itu seperti sotong dan udang kara, penyelidik menemui bukti yang besar, namun tidak kukuh. 

* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.