BILA masak, ada masanya mak-mak tak sedar guna cili yang berlebihan sehingga rasa pedas dalam masakan.
Tapi, tak semua orang suka makan pedas. Kita yang dewasa pun tak menahan, apatah lagi anak-anak; mahunya terus tak disentuh makanan.
Ada juga yang tak ada selera bila tak rasa pedas masakan. Katanya, barulah ada ‘kick’ dan menambah selera.
Kadang-kadang, kita tak perasan jenis cili yang dipakai juga mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Jadi, agar sukar untuk mak-mak mengagak kuantiti cili yang perlu dimasukkan dalam masakan.
Ada beberapa petua dan bahan yang boleh ditambah pada masakan untuk mengatasi rasa ‘terlajak’ pedas ini.
Petua Kurangkan Rasa Pedas Dalam Masakan
Berikut adalah beberapa cara untuk kurangkan pedas dalam masakan anda:
1. GULA / MADU
Rasa pedas dapat dikurangkan dengan mengimbangi semula rasa masakan.
Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.
2. LEMON / CUKA / ASAM JAWA
Perasa lain juga boleh digunakan untuk membetulkan rasa seperti perasa masam dari cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon.
Hati-hati dan masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih sehingga merosakkan rasa lauk.
3. KENTANG
Selain sering digunakan dalam masakan bagi meneutralkan rasa masakan dari terlalu masin, kentang juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedas.
Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk.
Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan.
4. TAMBAH SANTAN / SUSU
Petua lain bagi mengurangkan tahap pedas dalam masakan ialah dengan menambah produk tenusu seperti susu, yogurt atau keju bergantung dengan kesesuaian masakan.
Boleh juga gunakan santan sebagai alternatif pengganti bahan tenusu. Selain mengurangkan rasa pedas, santan juga boleh membuatkan lauk terasa lebih lemak dan pekat.
5. HIRISAN BAWANG BESAR
Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih pedas.
Agak-agak jumlah bawang yang sesuai bergantung kepada masakan anda.
Bawang besar mampu kurangkan rasa pedas dalam sambal. Cubalah!
6. TOMATO
Pengunaan tomato sangat berguna untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan yang menggunakan banyak cili padi seperti sambal belacan dan sambal goreng berlada.
Boleh ganti beberapa batang cili pada kepada 2 ke 3 biji tomato untuk mengekalkan rasa pedas yang terkawal.
Bergantung pada jenis masakan, kalau masak sambal, kisarkan tomato bersama cili dan tumis macam biasa.
Kalau masak lauk-pauk, belahkan kepada 4-6 bahagian. Kalau dah tak ada sangat, boleh juga gunakan sos tomato atau pes tomato.
Rasa tomato yang masam-masam akan mengimbangi rasa pedas yang melampau, malah menjadikannya lebih sedap.
7. MENTEGA KACANG
Cara kurangkan pedas yang satu ini mungkin kedengaran macam kelakar dan pelik.
Tapi, ada yang berpendapat kandungan lemak semulajadi dalam kacang dapat menyerap lebihan rasa pedas di samping menyerlahkan lagi rasa masakan.
Untuk gunakan mentega kacang, panaskan dahulu supaya lebih lembut dan mudah sebati dalam masakan.
Kalau tak ada mentega kacang, boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.
8. LEBIHKAN SAYURAN
Jika masakan yang terlebih pedas mengandungi sayuran seperti tomyam, lebihkan lagi sedikit sayuran di dalamnya seperti lobak merah, brokoli, atau kobis.
Boleh juga letakkan buah-buahan segar seperti nanas sebagai pengimbang rasa.
9. PILIH CILI BERKEDUT & KERINTING
Lain kali, kalau tak tahan pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya banyak biji dan memang pedas.
Cili kering mungkin nampak saja sama, tetapi jika dilihat betul-betul ada berbagai rupa bentuk mengikut jenis dan tahap kepedasannya.
Jadi gunakan cili kering jenis berkedut dan berkerinting. Cili kering jenis ini sangat sesuai untuk masak lauk seperti sambal goreng dan sambal tumis.
Pedasnya pun masih terkawal, boleh dikatakan ‘pedas-pedas manja’ saja.
Kalau nak buangkan lagi pedasnya, buangkan semua biji cili dan rebus sekejap cili kering dengan air panas. Lepas itu, barulah kisar macam biasa.
Kalau rasa terlebih pedas dan bimbang anak-anak tak makan, boleh guna petua ini.
Moga bermanfaat.
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Mingguan Wanita
Sun Sep 19 2021
Ada beberapa petua dan bahan yang boleh ditambah pada masakan untuk mengatasi rasa terlajak pedas ini. -Mingguan Wanita
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Masakan 'terlajak pedas'? Kena tambah bahan ini untuk kurangkan rasa pijar
Ada beberapa petua dan bahan yang boleh ditambah pada masakan untuk mengatasi rasa terlajak pedas ini.