Menyentuh soal e-sukan, kebanyakan masyarakat di Malaysia masih lagi keliru dengan istilah e-sukan itu sendiri. Ramai yang masih beranggapan setiap permainan video itu merupakan e-sukan.

Kekeliruan mengenai e-sport dan permainan video ini merupakan satu salah faham yang sangat besar terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masih ada sesetengah yang beranggapan bahawa setiap permainan video itu adalah e-sukan.

Pemain e-sukan Malaysia, Nur Amirul Afandi berkata Esukan merupakan satu permainan video yang dijadikan satu permainan yang kompetitif untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik.

“E-sukan bukan gaming, e-sukan adalah dimana satu permainan video yang dijadikan satu permainan yang kompetitif untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik . Tidak semua permainan seperti Candy Crush itu kita panggil ia sebagai e-sukan,” katanya ketika menghadiri Debat AWANI yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Antara contoh permainan video yang boleh dikategorikan sebagai e-sukan ialah Call of Duty, FIFA, dan Dota 2 .

Amtuah menyampaikan hujahnya ketika bersama-sama dengan Debat AWANI yang di anjurkan oleh MPC dan juga Astro AWANI.